Seksyen Cetak
22
Empatan (Juga diketahui sebagai Pukulan Bergilir)
Tujuan Peraturan: Peraturan 22 merangkumi Empatan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau perlawanan pukulan), iaitu dua pemain rakan bertanding bersama sebagai satu regu melakukan pukulan secara bergilir dengan menggunakan satu bola. Peraturan untuk format permainan ini secara asasnya sama dengan permainan individu, kecuali menghendaki pemain rakan bergilir semasa melakukan pukulan ti untuk memulakan sesuatu lubang dan menamatkan setiap lubang dengan pukulan bergilir.
22
Empatan (Juga diketahui sebagai Pukulan Bergilir)
22.1

Gambaran Keseluruhan Empatan

Empatan (juga diketahui sebagai Pukulan Bergilir) adalah format permainan yang melibatkan pemain rakan (sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan) apabila dua pemain rakan bertanding sebagai satu regu yang bermain satu bola secara bergilir pada setiap lubang. Peraturan 1-20 diguna pakai untuk format permainan ini (regu yang bermain satu bola tersebut dianggap sama seperti pemain individu), seperti yang diubahsuaikan oleh Peraturan spesifik ini. Satu variasi permainan ini adalah format permainan lawan yang diketahui sebagai Bertiga, iaitu pemain individu bertanding melawan satu regu yang mempunyai dua pemain rakan yang bermain pukulan bergilir di bawah Peraturan spesifik ini. 
22.2

Mana-mana Pemain Rakan Boleh Bertindak untuk Regu

Disebabkan kedua-dua pemain rakan bertanding sebagai satu regu yang bermain hanya satu bola:
  • Mana-mana pemain rakan boleh mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan untuk regu tersebut sebelum pukulan dilakukan, seperti menanda tempat bola dan mengangkat, meletakkan semula, menjatuhkan dan meletakkan bola tersebut, tidak mengira giliran pemain rakan mana bermain berikutnya untuk regu tersebut.
  • Pemain rakan dan kedi mereka boleh membantu pemain rakan lain seperti dalam apa-apa cara kedi pemain rakan dibenarkan untuk membantu (seperti memberi dan dipinta nasihat dan mengambil tindakan lain yang dibenarkan di bawah Peraturan 10), tetapi mesti tidak memberikan apa-apa bantuan yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan daripada kedi pemain rakan .
  • Apa-apa tindakan atau pelanggaran Peraturan sama ada oleh pemain rakan atau mana-mana kedi dikenakan kepada regu tersebut.
Dalam permainan pukulan, hanya salah seorang daripada pemain rakan perlu memperakui skor lubang regu tersebut pada kad skor (lihat Peraturan 3.3b).
22.3

Regu Mesti Bergilir Melakukan Pukulan

Pada setiap lubang, pemain rakan mesti melakukan setiap pukulan untuk regu secara bergilir:
  • Pemain rakan mesti bergilir untuk memulakan permainan dari kawasan ti untuk setiap lubang. 
  • Selepas pukulan pertama regu dari kawasan ti sesuatu lubang, pemain rakan mesti bergilir melakukan pukulan untuk baki lubang selebihnya.
  • Jika pukulan dibatalkan, dimainkan semula atau tidak dikira di bawah apa-apa Peraturan (kecuali apabila pukulan dilakukan dengan giliran salah melanggar Peraturan ini), pemain rakan yang sama yang telah melakukan pukulan tersebut mesti melakukan pukulan yang berikutnya untuk regu tersebut.
  • Jika regu tersebut memutuskan untuk bermain bola sementara, pukulan mesti dimainkan oleh pemain rakan yang mempunyai giliran regu yang berikutnya.
Apa-apa pukulan penalti untuk regu tersebut tidak mempengaruhi giliran bermain pemain rakantersebut. Penalti Melakukan Pukulan Giliran Salah Melanggar Peraturan 22.3: Penalti Umum. Dalam permainan pukulan, regu tersebut mesti membetulkan kesalahan:
  • Pemain rakan yang betul mesti melakukan pukulan dari tempat regu tersebut mula melakukan pukulan dengan giliran salah (lihat Peraturan 14.6).
  • Pukulan yang dilakukan dengan giliran salah dan apa-apa lagi pukulan sebelum kesalahan tersebut dibetulkan (termasuk pukulan dan pukulan penalti semata-mata bermain bola itu) tidak dikira.
  • Jika regu tidak membetulkan kesalahan sebelum melakukan pukulan untuk memulakan lubang lain atau, untuk lubang terakhir pusingan, sebelum menyerahkan kad skor, penyertaan regu tersebut dibatalkan.
22.4

Memulakan Pusingan

22.4a

Pemain Rakan Bermain Terlebih Dahulu

Regu boleh memilih mana-mana pemain rakan yang akan bermain terlebih dahulu dari kawasan ti yang pertama untuk memulakan pusingan, melainkan Terma Pertandingan menyatakan mana-mana pemain rakan yang mesti bermain terlebih dahulu. Pusingan regu bermula apabila pemain rakan itu melakukan pukulan untuk memulakan lubang pertama regu tersebut.
22.4b

Masa Bermula dan Titik Permulaan

Peraturan 5.3a diguna pakai dengan cara yang berlainan untuk setiap pemain rakan berdasarkan pada individu yang akan bermain terlebih dahulu untuk regu tersebut: Pemain rakan yang akan bermain terlebih dahulu mesti bersedia untuk bermain pada masa dan di titik permulaan, dan mesti bermula pada (dan tidak sebelum) masa itu. Pemain rakan yang akan bermain selepas itu mesti hadir pada masa bermula sama ada di titik permulaan atau pada lubang tersebut dekat dengan bola yang dimainkan dari kawasan ti dijangkakan menetap. Jika mana-mana pemain rakan tidak hadir dengan cara ini, regu tersebut telah melanggar Peraturan 5.3a.
22.5

Pemain rakan Boleh Berkongsi Klab

Peraturan 4.1b(2) diubahsuaikan untuk membenarkan pemain rakan berkongsi klab, asalkan jumlah bilangan klab milik bersama tidak lebih daripada 14.
22.6

Sekatan Pemain Berdiri di Belakang Pemain Rakan Semasa Melakukan Pukulan

Sebagai tambahan kepada had dalam Peraturan 10.2b(4), pemain mesti tidak berdiri di atas atau berdekatan dengan lanjutan garis permainan di belakang bola ketika pemain rakan mereka sedang melakukan pukulan untuk mendapatkan maklumat untuk pukulan regu tersebut yang berikutnya. Penalti Melanggar Peraturan 22.6 Penalti Umum.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya