Seksyen Cetak
17
Kawasan Penalti
Tujuan Peraturan: Peraturan 17 adalah Peraturan spesifik untuk kawasan penalti, iaitu badan air atau kawasan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa yang tempat bola sentiasa hilang atau tidak boleh dimainkan. Untuk satu pukulan penalti, pemain boleh menggunakan pelepasan spesifik untuk bermain bola di luar kawasan penalti.
17
Kawasan Penalti
17.1

Pilihan Apabila Bola Berada Dalam Kawasan Penalti

Kawasan penalti ditetapkan sebagai sama ada merah atau kuning. Hal ini mempengaruhi pilihan pelepasan untuk pemain (lihat Peraturan 17.1d). Pemain boleh berdiri di dalam kawasan penalti bermain bola yang berada di luar kawasan penalti, termasuk selepas mengambil pelepasan daripada kawasan penalti.
17.1a

Bila Bola Berada dalam Kawasan Penalti

Bola berada dalam kawasan penalti apabila mana-mana bahagian bola:
  • Berada di atas atau menyentuh permukaan tanah atau apa-apa pun (seperti apa-apa objek semula jadi atau buatan) dalam had kawasan penalti, atau
  • Di atas had atau mana-mana bahagian kawasan penalti.
Jika sebahagian daripada bola berada dalam kawasan penalti dan kawasan lapangan lain, lihat Peraturan 2.2c.
17.1b

Pemain Boleh Bermain Bola di Kedudukannya Dalam Kawasan Penalti atau Mengambil Pelepasan Penalti

Pemain boleh sama ada:
  • Bermain bola di kedudukannya tanpa penalti, di bawah Peraturan yang sama diguna pakai untuk bola dalam kawasan umum (bermaksud tiada Peraturan spesifik mengehadkan cara bola boleh dimainkan dari dalam kawasan penalti), atau
  • Bermain bola dari luar kawasan penalti dengan mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 17.1d atau 17.2.
Pengecualian – Pelepasan Mesti Diambilkan daripada Gangguan oleh Zon Larang Bermain dalam Kawasan Penalti (lihat Peraturan 17.1e).
17.1c

Pelepasan Bola Tidak Dijumpai tetapi Berada dalam Kawasan Penalti

Jika bola pemain tidak dijumpai dan diketahui atau kelihatan pasti bola tersebut menetap dalam kawasan penalti:
  • Pemain boleh mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 17.1d atau 17.2.
  • Sebaik sahaja pemain memasukkan bola lain ke dalam permainan untuk mengambil pelepasan dengan cara ini:
    • Bola asal tidak lagi dalam permainan dan mesti tidak dimainkan.
    • Hal ini benar walaupun bola tersebut dijumpai di lapangan sebelum masa carian tiga minit berakhir (lihat Peraturan 6.3b).
Tetapi jika tidak diketahui atau kelihatan pasti bola tersebut menetap dalam kawasan penaltidan bola hilang, pemain mesti mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 18.2.
17.1d

Pelepasan Bola dalam Kawasan Penalti

Jika bola pemain berada dalam kawasan penalti, termasuk apabila diketahui atau kelihatan pasti bola berada dalam kawasan penalti walaupun tidak dijumpai, pemain mempunyai pilihan pelepasan yang berikut, dikenakan satu pukulan penalti untuk setiap pilihan: (1) Pelepasan Pukulan dan Jarak. Pemain boleh bermain bola asal atau bola lain dari tempat pukulan sebelumnya dilakukan (lihat Peraturan 14.6). (2) Pelepasan Sepanjang Atas Garisan Belakang. Pemain boleh menjatuhkan bola asal atau bola lain (lihat Peraturan 14.3) di luar kawasan penalti, dengan mengambil titik anggaran tempat terakhir bola asal melintasi had kawasan penalti di antara lubang dan tempat bola dijatuhkan (tiada had sejauh mana bola boleh dijatuhkan). Tempat di atas garisan bola mula menyentuh tanah apabila bola tersebut dijatuhkan mewujudkan kawasan pelepasan satu panjang klab dalam mana-mana arah dari titik itu, tetapi dengan had yang berikut:
  • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
    • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik anggaran tempat terakhir bola melintasi had kawasan penalti, dan
    • Boleh berada dalam mana-mana kawasan lapangan kecuali kawasan penalti yang sama, tetapi
    • Mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama disentuh oleh bola apabila dijatuhkan.

(3) Pelepasan Lateral (Hanya Kawasan Penalti Merah. Apabila bola melintasi had terakhir kawasan penalti merah, pemain boleh menjatuhkan bola asal atau bola lain dalam kawasan pelepasan lateral ini (lihat Peraturan 14.3):
  • Titik Rujukan: Titik anggaran bola asal melintasi had terakhir kawasan penalti merah.
  • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Dua panjang klab, tetapi dengan had yang berikut:
  • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
    • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan, dan
    • Boleh berada di mana-mana kawasan lapangan kecuali kawasan penalti yang sama, tetapi
    • Jika lebih daripada satu kawasan lapangan terletak dalam jarak dua panjang klab dari titik rujukan tersebut, bola mesti menetap di dalam kawasan pelepasan dalam kawasan lapangan yang sama yang mula disentuh oleh bola apabila dijatuhkan di dalam kawasan pelepasan tersebut.
Lihat Peraturan 25.4m (untuk pemain yang menggunakan alat pergerakan beroda, Peraturan 17.1d(3) diubahsuai untuk memperluaskan kawasan pelepasan lateral kepada empat panjang klab). Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8; Model Peraturan Tempatan B-2 (Jawatankuasa boleh menggunapakai Peraturan Tempatan membenarkan pelepasan lateral di bahagian bertentangan kawasan penalti merah pada jarak yang sama dari lubang).
17.1e

Pelepasan Mesti Diambil daripada Gangguan Zon Larangan Bermain dalam Kawasan Penalti

Dalam setiap situasi yang berikut, pemain mesti tidak bermain bola di kedudukannya: (1) Apabila Bola Berada di Dalam Zon Larangan Bermain Dalam Kawasan Penalti. Pemain mesti mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 17.1d atau 17.2. Jika pemain mempunyai gangguan zon larangan bermain selepas mengambil pelepasan di bawah Peraturan ini, bola mesti tidak dimainkan di kedudukannya. Sebaliknya, pemain mesti mengambil pelepasan yang berikutnya di bawah Peraturan 16.1f(2) (2) Apabila Zon Larangan Bermain di Lapangan Mengganggu Posisi Sedia atau Ayunan untuk Bola Dalam Kawasan Penalti. Jika bola pemain berada dalam kawasan penalti, dan berada di luar zon larangan bermain tetapi zon larangan bermain tersebut (sama ada dalam keadaan lapangan tidak normal atau dalam kawasan penalti) mengganggu kawasan posisi sedia yang diniatkan atau kawasan ayunan yang diniatkan, pemain tersebut mesti sama ada:
  • Mengambil pelepasan penalti di luar kawasan penalti di bawah Peraturan 17.1d atau 17.2, atau
  • Mengambil pelepasan percuma dengan menjatuhkan bola asal atau bola lain di dalam kawasan pelepasan ini (jika ada) dalam kawasan penalti tersebut (lihat Peraturan 14.3):
    • Titik Rujukan: Titik pelepasan penuh terdekat dari zon larangan bermain.
    • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Satu panjang klab, tetapi dengan had yang berikut:
    • Had Tempat Kawasan Pelepasan:
      • Mesti dalam kawasan penalti yang sama dengan kedudukan bola, dan
      • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan.
(3) Tiada Pelepasan Apabila Jelas Tidak Munasabah. Tiada pelepasan percuma daripada gangguan zon larangan bermain di bawah (2):
  • Apabila bermain bola di kedudukannya jelas tidak munasabah disebabkan oleh sesuatu benda yang menyebabkan pemain tidak dibenarkan untuk mengambil pelepasan percuma (seperti apabila pemain tidak boleh melakukan pukulan disebabkan bola berada dalam semak), atau
  • Apabila gangguan wujud hanya kerana pemain memilih klab, jenis posisi sedia atau ayunan, atau arah permainan yang jelas tidak munasabah dalam keadaan tersebut.
Tentang apa yang patut dilakukan apabila terdapat gangguan zon larangan bermain pada bola di mana-mana tempat kecuali dalam kawasan penalti, lihat Peraturan 16.1f. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 17.1: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
17.2

Pilihan Selepas Bermain Bola Dalam Kawasan Penalti

17.2a

Apabila Bola Dimainkan dari Kawasan Penalti Menetap Dalam Kawasan Penalti yang Sama atau Kawasan Penalti Lain

Jika bola yang dimainkan dari kawasan penalti menetap dalam kawasan penalti yang sama atau kawasan penalti lain, pemain boleh bermain bola di kedudukannya (lihat Peraturan 17.1b). Atau, untuk satu pukulan penalti, pemain boleh mengambil pelepasan di bawah pilihan-pilihan yang berikut: (1) Pilihan Pelepasan Biasa. Pemain boleh mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 17.1d(1), pelepasan sepanjang atas garisan belakang di bawah Peraturan 17.1d(2) atau, untuk kawasan penalti merah, pelepasan lateral di bawah Peraturan 17.1d(3). Di bawah Peraturan 17.1d(2) atau (3), titik anggaran yang digunakan untuk menentukan kawasan pelepasan adalah tempat terakhir bola asal melintasi had kawasan penalti merujuk kepada tempat bola kini menetap. Jika pemain mengambil pelepasan pukulan dan jarak dengan menjatuhkan bola dalam kawasan penalti (lihat Peraturan 14.6) dan kemudiannya memutuskan tidak bermain bola yang dijatuhkan di tempat bola tersebut menetap:
  • Pemain boleh mengambil pelepasan yang berikutnya di luar kawasan penalti di bawah Peraturan 17.1d(2) atau (3) (untuk kawasan penalti merah) atau di bawah Peraturan 17.2a(2).
  • Jika pemain berbuat demikian, mereka dikenakan satu lagi pukulan penalti, untuk jumlah dua pukulan penalti: satu pukulan untuk mengambil pelepasan pukulan dan jarak dan satu pukulan mengambil pelepasan di luar kawasan penalti tersebut.
(2) Pilihan Pelepasan Tambahan: Bermain dari Tempat Pukulan Terakhir Dilakukan di Luar Kawasan Penalti. Selain daripada menggunakan salah satu daripada pilihan pelepasan biasa di bawah (1), pemain boleh memilih untuk bermain bola asal atau bola lain dari tempat pukulan terakhir mereka di luar kawasan penalti (lihat Peraturan 14.6).

17.2b

Apabila Bola Dimainkan dari Kawasan Penalti Hilang, Ke Luar Sempadan atau Tidak Boleh Dimainkan di Luar Kawasan Penalti

Selepas bermain bola dari kawasan penalti, pemain kadang kala pemain dikehendaki atau memilih mengambil pelepasan pukulan dan jarak kerana sama ada bola asal:
  • Di luar sempadan atau hilang di luar kawasan penalti (lihat Peraturan 18.2), atau
  • Tidak boleh dimainkan di luar kawasan penalti (lihat Peraturan 19.2a).
Jika pemain mengambil pelepasan pukulan dan jarak dengan menjatuhkan bola dalam kawasan penalti (lihat Peraturan 14.6) dan kemudiannya memutuskan tidak bermain bola yang dijatuhkan di tempat bola tersebut menetap:
  • Pemain boleh mengambil pelepasan yang berikutnya di luar kawasan penalti di bawah Peraturan 17.1d(2) atau (3) (untuk kawasan penalti merah) atau di bawah Peraturan 17.2a(2).
  • Jika pemain berbuat demikian, mereka dikenakan satu lagi pukulan penalti, untuk jumlah dua pukulan penalti: satu pukulan kerana mengambil pelepasan pukulan dan jarak, dan satu pukulan mengambil pelepasan di luar kawasan penalti.
Pemain boleh terus mengambil pelepasan seperti itu di luar kawasan penalti tanpa menjatuhkan bola terlebih dahulu dalam kawasan penalti tersebut, tetapi masih dikenakan sejumlah dua pukulan penalti. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 17.2: Penalti Umum di Bawah Peraturan 14.7a.
17.3

Tiada Pelepasan di Bawah Peraturan Lain untuk Bola Dalam Kawasan Penalti

Apabila bola pemain berada dalam kawasan penalti, tidak terdapat pelepasan untuk: Satu-satunya pilihan pelepasan untuk pemain adalah mengambil pelepasan penalti di bawah Peraturan 17. Tetapi apabila keadaan haiwan berbahaya mengganggu permainan bola dalam kawasan penalti, pemain boleh mengambil sama ada pelepasan percuma dalam kawasan penalti atau pelepasan penalti di luar kawasan penalti tersebut (lihat Peraturan 16.2b(2)).
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya