Print Section
23
Empat Bola
Tujuan Peraturan: Peraturan 23 merangkumi Empat Bola (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu pemain rakan bertanding sebagai regu dengan bermain bola yang berasingan. Skor regu untuk suatu lubang ialah skor terendah antara pemain rakan tersebut pada lubang itu.
23
Empat Bola
23.1

Gambaran Keseluruhan Empat Bola

Empat Bola adalah format permainan (sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan) yang melibatkan pemain rakan iaitu:
  • Dua pemain rakan bertanding bersama sebagai satu regu, dengan setiap pemain bermain bola mereka sendiri, dan
  •  Skor regu untuk suatu lubang ialah skor terendah antara kedua-dua pemain rakan tersebut untuk lubang itu. 
 Peraturan 1 ke 20 diguna pakai untuk format permainan ini, seperti yang telah diubahsuaikan oleh Peraturan spesifik ini. Variasi format permainan lawan yang diketahui sebagai Bola Terbaik, iaitu pemain individu berlawan dengan satu regu yang mempunyai dua atau tiga pemain rakan dan setiap pemain rakan bermain bolanya sendiri di bawah Peraturan, seperti yang telah diubahsuaikan oleh Peraturan spesifik ini. (Untuk permainan Bola Terbaik yang mempunyai tiga pemain rakan dalam satu regu, setiap rujukan kepada pemain rakan lain bermaksud dua pemain rakan lain).
23.2

Pengiraan Skor Empat Bola

23.2a

Skor Regu untuk Lubang dalam Permainan Lawan dan Permainan Pukulan

  • Apabila Kedua-dua Pemain rakan Masuk Lubang atau Menamatkan Lubang di Bawah Peraturan. Skor terendah ialah skor regu untuk lubang tersebut.
  • Apabila Hanya Satu Pemain rakan Masuk Lubang atau Menamatkan Lubang di Bawah Peraturan. Skor pemain rakan itu ialah skor regu untuk lubang tersebut. Pemain rakan lain tidak perlu menamatkan lubang.
  • Apabila Bola Kedua-dua Pemain Rakan Tidak Masuk Lubang atau Menamatkan Lubang di Bawah Peraturan. Regu tersebut tidak mempunyai skor untuk lubang itu, yang bermaksud:
    • Dalam permainan lawan ,regu kalah lubang tersebut, kecuali regu yang dilawan telah memberikan kemenangan atau kalah lubang tersebut.
    • Dalam permainan pukulan, penyertaan regu dibatalkan kecuali kesalahan tersebut dibetulkan tepat pada masa di bawah Peraturan 3.3c.
23.2b

Kad Skor Regu dalam Permainan Pukulan

(1) Tanggungjawab Regu. Skor gros regu untuk setiap lubang mesti diisikan pada satu kad skor. Untuk setiap lubang:
  • Skor gros sekurang-kurangnya seorang pemain rakan mesti diisikan pada kad skor.
  • Tiada penalti kerana mengisikan skor lebih daripada satu pemain rakan pada kad skor.
  • Setiap skor pada kad skor mesti dikenal pastikan dengan jelas sebagai skor individu pemain rakan yang melakukannya; jika hal ini tidak dilakukan, penyertaan regu tersebut dibatalkan.
  • Tidak memadai untuk mengenal pasti suatu skor sebagai skor regu tersebut secara umum.
Hanya satu pemain rakan diperlukan untuk memperakui skor lubang pada kad skor regu tersebut di bawah Peraturan 3.3b(2). (2) Tanggungjawab Jawatankuasa. Jawatankuasa bertanggung jawab untuk memutuskan skor yang akan dikira untuk regu pada setiap lubang, termasuk mengguna pakai handikap dalam pertandingan handikap:
  • Jika hanya satu skor diisikan untuk suatu lubang, skor itu dikira untuk regu tersebut.
  • Jika skor kedua-dua pemain rakan diisikan untuk suatu lubang:
    • Jika skor berlainan, skor terendah (gros atau net) dikira untuk regu tersebut.
    • Jika kedua-dua skor sama, Jawatankuasa boleh mengira salah satu daripada skor tersebut. Jika skor yang digunakan didapati salah atas apa-apa sebab, Jawatankuasa akan mengira skor yang lain.
Jika skor yang dikira untuk regu tidak dikenal pastikan dengan jelas sebagai skor yang dibuat oleh seorang pemain rakan atau jika penyertaan pemain rakan itu dibatalkan berkaitan dengan permainan lubang tersebut, penyertaan regu dibatalkan.
23.2c

Bila Peraturan 11.2 Tidak Diguna Pakai dalam Empat Bola

Peraturan 11.2 tidak diguna pakai dalam situasi ini: Apabila pemain rakan telah menamatkan lubang dan bola pemain yang dalam pergerakan perlu masuk lubang untuk mengurangkan skor lubang untuk regu tersebut dengan satu pukulan, jika mana-mana individu dengan sengaja memesongkan atau menghentikan bola apabila tiada peluang yang munasabah bola tersebut boleh masuk lubang, tiada penalti dikenakan kepada individu itu dan bola pemain tidak dikira untuk regu tersebut.
23.3

Bila Pusingan Bermula dan Tamat; Bila Lubang Telah Tamat

23.3a

Bila Pusingan Bermula

Pusingan regu bermula apabila salah seorang daripada pemain rakan melakukan pukulan untuk memulakan lubang mereka yang pertama.
23.3b

Bila Pusingan Tamat

Pusingan regu berakhir:
  • Dalam permainan lawanapabila:
    • Mana-mana regu telah memenangi perlawanan tersebut (lihat Peraturan 3.2a(3)), atau
    • Perlawanan berkeputusan seri selepas lubang terakhir apabila Terma Pertandingan menyatakan perlawanan tersebut boleh berakhir dengan keputusan seri (lihat Peraturan 3.2a(4)).
  • Dalam permainan pukulan, apabila regu tersebut menamatkan lubang terakhir, sama ada kedua-dua pemain rakan telah menamatkan permainan (termasuk membetulkan kesalahan, seperti di bawah Peraturan 6.1 atau 14.7b) atau oleh seorang pemain rakan yang menamatkan permainan pada lubang terakhir dan pemain rakan lain memilih untuk tidak berbuat demikian.
23.3c

Bila Lubang Tamat

(1) Permainan Lawan. Regu telah menamatkan lubang apabila:
  • Bola kedua-dua pemain rakan telah masuk lubang atau pukulan mereka yang berikutnya telah diberikan kemenangan,
  • Bola milik seorang pemain rakan telah masuk lubang atau pukulan mereka yang berikutnya telah diberikan kemenangan sama ada pemain rakan seorang lagi memilih untuk tidak menamatkan lubangatau mempunyai skor yang tidak boleh dikira untuk regu mereka,
  • Keputusan lubang tersebut telah diputuskan (seperti apabila skor regu lain lebih rendah daripada skor yang boleh dilakukan oleh regu tersebut).
(2)Permainan Pukulan. Regu telah menamatkan lubang apabila bola salah seorang daripada pemain rakan telah masuk lubang dan bola pemain rakan lain telah masuk lubang, memilih untuk tidak berbuat demikian atau penyertaan dibatalkan untuk lubang tersebut.
23.4

Salah Seorang atau Kedua-dua Pemain Rakan Boleh Mewakili Regu

Regu boleh diwakili oleh salah seorang pemain rakan dalam semua atau sebahagian daripada pusingan. Hal ini tidak memerlukan kedua-dua pemain rakan hadir atau, jika hadir, kedua-duanya bermain pada setiap lubang. Jika pemain rakan tidak hadir dan kemudiannya tiba untuk bermain, pemain rakan itu boleh mula bermain untuk regu tersebut hanya di antara permainan dua lubang, yang bermaksud:
  • Permainan Lawan – Sebelum Mana-mana Pemain dalam Perlawanan Memulakan Lubang. Jika pemain rakan tiba hanya selepas mana-mana pemain dari mana-mana regu dalam perlawanan tersebut telah memulakan permainan sesuatu lubang, pemain rakan itu tidak dibenarkan bermain untuk regu tersebut sehingga lubang yang berikutnya.
  • Permainan Pukulan – Sebelum Pemain Rakan Lain Memulakan Lubang. Jika pemain rakan tiba hanya selepas pemain rakan lain telah memulakan permainan suatu lubang, pemain rakan yang baru tiba tersebut tidak dibenarkan bermain untuk regu tersebut sehingga lubang yang berikutnya.
Pemain rakan baru tiba yang tidak dibenarkan bermain masih boleh memberi nasihat atau bantuan kepada pemain rakan lain dan mengambil tindakan lain untuk pemain rakan lain pada lubang itu (lihat Peraturan 23.5a dan 23.5b). Penalti Melakukan Pukulan Apabila Tidak Dibenarkan Bermain Lubang Melanggar Peraturan 23.4: Penalti Umum.
23.5

Tindakan Pemain Mempengaruhi Permainan Pemain Rakan

23.5a

Pemain Dibenarkan Mengambil Apa-apa Tindakan Berkenaan Bola Pemain Rakan yang Pemain Rakan Boleh Lakukan

Walaupun setiap pemain dalam regu mesti bermain bolanya sendiri:
  • Pemain boleh mengambil apa-apa tindakan berkenaan dengan bola pemain rakan apabila pemain rakan tersebut dibenarkan untuk mengambilnya sebelum melakukan pukulan, seperti untuk menanda tempat bola dan mengangkat, meletakkan semula, menjatuhkan dan meletakkan bola tersebut.
  • Pemain dan kedi pemain boleh membantu pemain rakan dengan apa cara yang dibenarkan  untuk membantu (seperti untuk memberi dan dipinta nasihat dan mengambil tindakan lain yang dibenarkan di bawah Peraturan 10), tetapi mesti tidak memberi apa-apa bantuan yang tidak membenarkan kedi pemain rakan berikan di bawah Peraturan.
Dalam permainan pukulan, pemain rakan mesti tidak bersetuju dengan satu sama lain untuk membiarkan bola di grin untuk membantu salah seorang daripada mereka atau pemain lain (lihat Peraturan 15.3a).
23.5b

Pemain Rakan Bertanggungjawab atas Tindakan Pemain

Apa-apa tindakan yang diambil oleh pemain berkenaan dengan bola atau peralatan pemain rakan dianggap sebagai telah dilakukan oleh pemain rakan tersebut. Jika tindakan pemain mungkin akan melanggar Peraturan jika tindakan itu telah diambil oleh pemain rakan:
  • Pemain rakan melanggar Peraturan dan dikenakan penalti yang berkenaan (lihat Peraturan 23.9a).
  • Contoh mengenai hal ini adalah apabila pemain melanggar Peraturan dengan:
    • Menambah baik keadaan mempengaruhi pukulan yang akan dilakukan oleh pemain rakan,
    • Dengan tidak sengaja menyebabkan bola pemain rakan beralih, atau
    • Gagal menanda tempat bola pemain rakan sebelum mengangkatnya.
Hal ini juga diguna pakai untuk tindakan kedi pemain berkenaan dengan bola pemain rakan yang mungkin akan melanggar Peraturan jika tindakan tersebut telah diambil oleh pemain rakan atau kedi pemain rakan tersebut. Jika tindakan pemain atau kedi pemain mempengaruhi permainan kedua-dua bola pemain dan bola pemain rakan, lihat Peraturan 23.9a(2) untuk mengetahui apabila terdapat penalti untuk kedua-dua pemain rakan.
23.6

Giliran Regu Bermain

Pemain rakan boleh bermain dengan giliran yang dianggap terbaik oleh regu tersebut. Hal ini bermaksud apabila ianya merupakan giliran pemain untuk bermain di bawah Peraturan 6.4a (Permainan lawan) atau 6.4b (permainan pukulan), mana-mana pemain atau pemain rakan boleh bermain berikutnya. Pengecualian – Meneruskan Permainan Suatu Lubang Selepas Pukulan Diberikan Kemenangan dalam Permainan Lawan:
  • Pemain mesti tidak meneruskan permainan sesuatu lubang selepas pukulan pemain yang berikutnya telah diberikan kemenangan jika hal ini mungkin akan membantu pemain rakan mereka.
  • Jika pemain berbuat demikian, skor pemain untuk lubang tersebut dikekalkan tanpa penalti, tetapi skor pemain rakan untuk lubang tersebut tidak boleh dikira untuk regu tersebut.
23.7

Pemain rakan Boleh Berkongsi Klab

Peraturan 4.1b(2) diubahsuai untuk membenarkan pemain rakan berkongsi klab, asalkan jumlah bilangan klab milik bersama tidak lebih daripada 14.
23.8

Sekatan Pemain Berdiri di Belakang Pemain rakan Semasa Melakukan Pukulan

Tambahan kepada had dalam Peraturan 10.2b(4), pemain mesti tidak berdiri di atas atau dekat dengan lanjutan garis permainan di belakang bola tersebut ketika pemain rakan sedang melakukan pukulan untuk mendapatkan maklumat mengenai pukulan (pemain tersebut) yang berikutnya. Penalti Melanggar Peraturan 23.8 Penalti Umum.
23.9

Bila Penalti Dikenakan kepada Seorang Pemain Rakan Sahaja atau Dikenakan kepada Kedua-dua Pemain Rakan

Apabila pemain dikenakan penalti kerana melanggar Peraturan, penalti tersebut boleh dikenakan sama ada kepada pemain itu sahaja atau kepada kedua-dua pemain rakan (iaitu, kepada regu tersebut). Hal ini bergantung kepada penalti dan format permainan:
23.9a

Penalti Selain Daripada Batal Penyertaan

(1) Penalti Biasanya Dikenakan Hanya kepada Pemain, Bukan Pemain rakan. Apabila pemain dikenakan penalti selain daripada batal penyertaan, penalti itu biasanya dikenakan hanya kepada pemain tersebut dan tidak kepada pemain rakan mereka, kecuali dalam situasi yang dirangkumi oleh (2).
  • Apa-apa pukulan penalti dicampurkan hanya kepada skor pemain tersebut, tidak kepada skor pemain rakan.
  • Dalam permainan lawan , pemain yang dikenakan penalti umum (kalah lubang) tidak mempunyai skor yang dikira untuk regu pada lubang itu; tetapi penalti ini tidak memberi kesan kepada pemain rakan, yang boleh meneruskan permainan untuk regu tersebut pada lubang itu.
(2) Tiga Situasi Penalti Pemain Juga Dikenakan Kepada Pemain rakan.
  • Apabila Pemain Melanggar Peraturan 4.1b (Had 14 Klab; Berkongsi, Menambah atau Menggantikan Klab). Dalam permainan lawan , regu dikenakan penalti (penyelarasan skor perlawanan); dalam permainan pukulan, pemain rakan juga dikenakan penalti yang sama dengan pemain.
  • Apabila Pelanggaran Peraturan Oleh Pemain Membantu Permainan Pemain Rakan. Dalam mana-mana permainan lawan atau permainan pukulan, pemain rakan juga dikenakan penalti yang sama dengan pemain.
  • Dalam Permainan Lawan, Apabila Pelanggaran Peraturan Oleh Pemain Memberi Kesan Buruk kepada Permainan Lawan. Pemain rakan juga dikenakan penalti yang sama dengan pemain.
Pengecualian – Pemain yang Melakukan Pukulan Bola Salah Tidak Dianggap sebagai Membantu Permainan Pemain Rakan atau Memberi Kesan Buruk kepada Permainan Pemain Lawan:
  • Hanya pemain (bukan pemain rakan) dikenakan penalti umum kerana melanggar Peraturan 6.3c.
  • Hal ini benar sama ada bola yang dimainkan sebagai bola salah adalah milik pemain rakan, milik pemain lawan atau milik individu lain.
23.9b

Penalti Batal Penyertaan

(1) Apabila Pelanggaran Peraturan oleh Seorang Pemain Rakan Bermaksud Regu Batal Penyertaan. Penyertaan regu dibatalkan jika mana-mana pemain rakan dikenakan penalti batal penyertaan di bawah mana-mana Peraturan berikut: Permainan Lawan Sahaja: Permainan Pukulan Sahaja: (2) Apabila Pelanggaran Peraturan oleh Kedua-dua Pemain Rakan Bermaksud Regu Dibatalkan Penyertaan. Penyertaan regu dibatalkan jika kedua-dua pemain rakan dikenakan penalti batal penyertaan di bawah mana-mana Peraturan yang berikut: Permainan Pukulan Sahaja: Penyertaan regu dibatalkan jika, pada lubang yang sama, kedua-dua pemain rakan dikenakan penalti batal penyertaan di bawah mana-mana penggabungan Peraturan yang berikut: (3) Apabila Pelanggaran Peraturan oleh Seorang Pemain Bermaksud Pemain Itu Tidak Mempunyai Skor Sah untuk Lubang. Dalam semua situasi lain apabila pemain melanggar Peraturan dengan penalti batal penyertaan, pemain tersebut tidak dibatalkan penyertaaan tetapi skor pemain untuk lubang berlakunya pelanggaran Peraturan tidak boleh dikira untuk regu tersebut. Dalam permainan lawan, jika kedua-dua pemain rakan melanggar Peraturan sebegitu pada lubang yang sama, regu kalah lubang tersebut.
EXPLORE MORE
Rule 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Read more