Seksyen Cetak
24
Pertandingan Berpasukan
Tujuan Peraturan: Peraturan 24 merangkumi pertandingan berpasukan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu beberapa pemain atau regu bertanding sebagai pasukan. Keputusan pusingan atau perlawanan mereka digabungkan untuk menghasilkan keputusan keseluruhan pasukan.
24
Pertandingan Berpasukan
24.1

Gambaran Keseluruhan Pertandingan Berpasukan

  • “Pasukan” ialah kumpulan pemain yang bermain sebagai individu atau regu bertanding melawan pasukan lain.
  • Permainan mereka dalam acara berpasukan boleh juga menjadi sebahagian daripada pertandingan lain (seperti permainan pukulan individu) yang berlangsung pada masa yang sama.
Peraturan 1-23 diguna pakai dalam pertandingan berpasukan, seperti yang diubahsuaikan oleh Peraturan spesifik yang berikut.
24.2

Terma Pertandingan Berpasukan

Jawatankuasa memutuskan format permainan, bagaimana skor keseluruhan akan dikira dan Terma Pertandingan lain, seperti:
  • Dalam permainan lawan , bilangan mata yang diberikan untuk memenangi atau menyamakan perlawanan.
  • Dalam permainan pukulan, bilangan skor yang akan dikira dalam jumlah skor setiap pasukan.
  • Sama ada pertandingan mungkin berakhir dengan keputusan seri dan, jika tidak, bagaimana keputusan seri tersebut akan diputuskan.
24.3

Ketua Pasukan

Setiap pasukan boleh menamakan ketua pasukan untuk mengetuai dan membuat keputusan untuk pasukan tersebut, seperti pemain dalam pasukan yang akan bermain dalam sesuatu pusingan atau perlawanan, aturan mereka akan bermain dan sesiapa yang akan bermain bersama-sama sebagai pemain rakan. Ketua pasukan boleh daripada kalangan pemain dalam pertandingan tersebut.
24.4

Nasihat Dibenarkan dalam Pertandingan Berpasukan

24.4a

Individu yang Dibenarkan untuk Memberi Nasihat kepada Pasukan (Pemberi Nasihat)

Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan yang membenarkan setiap pasukan menamakan seorang individu (“pemberi nasihat”) yang boleh memberi nasihat dan bantuan lain seperti yang dibenarkan dalam Peraturan 10.2 kepada pemain dalam pasukan semasa pusingan dan sesiapa yang mungkin akan diminta nasihat oleh pemain dalam pasukan tersebut:
  • Pemberi nasihat mungkin ketua pasukan, jurulatih pasukan atau individu lain (termasuk ahli pasukan yang bermain dalam pertandingan tersebut).
  • Pemberi nasihat mesti dikenal pastikan kepada Jawatankuasa sebelum memberi nasihat.
  • Jawatankuasa boleh membenarkan pemberi nasihat pasukan ditukar semasa pusingan atau semasa pertandingan tersebut.
Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8; Model Peraturan Tempatan H-2  (Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan membenarkan setiap pasukan menamakan dua pemberi nasihat).
24.4b

Sekatan ke Atas Pemberi Nasihat Ketika Bermain

Jika pemberi nasihat pasukan ialah pemain dalam pasukan tersebut, mereka tidak dibenarkan bertindak dalam peranan itu ketika bermain sesuatu pusingan dalam pertandingan tersebut. Ketika bermain suatu pusingan, pemberi nasihat dianggap seperti mana-mana ahli pasukan yang bermain untuk tujuan sekatan ke atas nasihat dan bantuan lain dalam Peraturan 10.2.
24.4c

Tiada Nasihat Antara Ahli Pasukan Selain Daripada Pemain rakan

Kecuali apabila bermain bersama-sama sebagai pemain rakan dalam regu:
  • Pemain mesti tidak meminta nasihat daripada atau memberi nasihat kepada ahli pasukan mereka yang bermain di lapangan tersebut.
  • Hal ini diguna pakai sama ada ahli pasukan sedang bermain dalam kumpulan yang sama atau dalam kumpulan lain di lapangan tersebut.
Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8; Model Peraturan Tempatan H-5  (dalam pertandingan permainan pukulan berpasukan dan skor pemain untuk pusingan tersebut dikira hanya sebagai sebahagian daripada skor pasukan, Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan membenarkan ahli pasukan yang bermain dalam kumpulan yang sama untuk memberikan nasihat kepada satu sama lain walaupun mereka bukan pemain rakan). Penalti Melanggar Peraturan 24.4: Penalti Umumdi Bawah Peraturan 10.2a.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya