Tujuan Peraturan: Peraturan 4 merangkumi peralatan yang boleh digunakan oleh pemain dalam suatu pusingan. Berdasarkan pada prinsip golf adalah suatu permainan yang mencabar, kejayaan patut bergantung kepada pertimbangan, kemahiran dan kebolehan, pemain:
Mesti menggunakan klab dan bola mematuhi syarat.
Terhad tidak melebihi 14 klab, dan
Terbatas dalam pengunaan peralatan lain yang memberikan bantuan tambahan pada permainan mereka.
4
Peralatan Pemain
Lihat Peraturan Peralatan untuk syarat-syarat terperinci klab, bola dan peralatan lain dan proses rundingcara dan permohonan penilaian syarat peralatan.
4.1
Klab
4.1a
Klab yang Dibenarkan untuk Melakukan Pukulan
(1) Klab Mematuhi Syarat. Semasa melakukan pukulan, pemain mesti menggunakan klab yang mematuhi syarat Peraturan Peralatan apabila:
Klab tersebut baharu, atau
Ciri prestasi klab telah diubah dengan apa-apa cara (tetapi lihat Peraturan 4.1a(2) apabila klab rosak semasa pusingan).
Tetapi jika ciri prestasi klab yang mematuhi syarat berubah disebabkan haus melalui pengunaan biasa, klab tersebut masih mematuhi syarat.“Ciri prestasi” klab adalah apa-apa bahagian, ciri atau sifat yang mempengaruhi cara klab berfungsi atau membantu dalam penjajaran, termasuk tetapi terhad kepada berat, kedudukan, lof, ciri penjajaran dan pelekat luaran yang dibenarkan.(2) Menggunakan, Membaiki atau Menggantikan Klab Rosak Semasa Pusingan. Jika klab yang mematuhi syarat rosak semasa suatu pusingan atau ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a, kecuali dalam kes salahguna, pemain boleh membaiki atau menggantikan klab tersebut dengan klab lain.Tetapi tanpa mengira keadaan atau sebab kerosakan, klab rosak tersebut dianggap mematuhi syarat untuk baki pusingan yang selebihnya (tetapi tidak semasa permainan penentuan dalam permainan pukulan, iaitu suatu pusingan baharu).Untuk baki pusingan yang selebihnya, pemain boleh:
Terus melakukan pukulan dengan klab rosak, atau
Kecuali dalam kes salahguna, membaiki klab tersebut atau menggantikan dengan klab lain (lihat Peraturan 4.1b(4)).
Jika pemain menggantikan klab rosak dengan klab lain, pemain mesti mengeluarkan klab rosak tersebut daripada permainan sebelum melakukan pukulan lain dengan menggunakan prosedur dalam Peraturan 4.1c(1). “Rosak semasa pusingan” bermaksud apa-apa bahagian, ciri, atau sifat klab telah berubah disebabkan apa-apa tindakan semasa pusingan tersebut (termasuk ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a), sama ada:
Oleh pemain (seperti melakukan pukulan atau ayunan latihan dengan klab tersebut, memasukkan atau mengeluarkan daripada beg golf, menjatuhkan atau menyandar, atau menyalahgunakan klab), atau
Oleh individu lain, pengaruh luar atau kuasa semula jadi.
Tetapi klab tidak “rosak semasa pusingan” jika ciri prestasi telah diubahkan dengan sengaja oleh pemain semasa pusingan tersebut, seperti yang dirangkumi oleh Peraturan 4.1a(3).(3) Menukar Ciri Prestasi Klab Dengan Sengaja Semasa Pusingan. Pemain mesti tidak melakukan pukulan dengan klab apabila mereka dengan sengaja telah mengubah ciri prestasi klab itu semasa pusingan tersebut (termasuk ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a):
Dengan menggunakan ciri yang boleh diubah atau menukar klab secara fizikal (kecuali apabila dibenarkan untuk membaiki kerosakan di bawah Peraturan 4.1a(2)), atau
Dengan menyapu apa-apa bahan pada kepala klab (selain daripada membersihkannya) untuk mempengaruhi bagaimana kepala klab tersebut bertindak semasa melakukan pukulan.
Pengecualian – Klab yang Boleh Diubah Dipulihkan kepada Keadaan Asal atau Menanggalkan Pelekat Luaran yang Tidak Dibenarkan: Tiada penalti dan klab tersebut boleh digunakan untuk membuat pukulan dalam dua situasi yang berikut:
Jika ciri prestasi klab telah diubahkan dengan menggunakan ciri yang boleh diubah dan, sebelum klab digunakan untuk melakukan pukulan, klab tersebut dipulihkan sebaik mungkin ke posisi asal dengan mengubah kembali ciri tersebut seperti sebelumnya.
Pelekat luaran yang tidak dibenarkan (seperti pelekat di permukaan kepala klab) ditanggalkan sebelum klab tersebut digunakan untuk melakukan pukulan.
Tiada penalti di bawah Peraturan ini hanya sekadar mempunyai (tetapi tidak melakukan pukulan dengannya) klab yang tidak mematuhi syarat atau klab yang ciri prestasinya telah diubah dengan sengaja semasa pusingan tersebut.
Tetapi klab tersebut masih dikira untuk had 14-klab dalam Peraturan 4.1b(1).
4.1b
Had 14 Klab; Berkongsi, Menambah atau Mengganti Klab Semasa Pusingan
(1) Had 14 Klab. Pemain mesti tidak:
Memulakan pusingan dengan lebih daripada 14 klab, atau
Mempunyai lebih daripada 14 klab semasa pusingan tersebut.
Had ini termasuk semua klab yang dibawa oleh atau untuk pemain. Tetapi tidak termasuk bahagian klab yang patah dan terpisah (seperti kepala klab, syaf atau grip) dibawa oleh atau untuk pemain pada permulaan pusingan mereka. Jika pemain memulakan pusingan dengan kurang daripada 14 klab, mereka boleh menambah klab semasa pusingan tersebut sehingga had 14 klab (lihat Peraturan 4.1b(4) untuk sekatan daripada berbuat demikian). Klab dianggap telah ditambahkan apabila pemain telah melakukan pukulan berikutnya dengan mana-mana klab ketika klab yang ditambahkan berada dalam pemilikan pemain tersebut.Apabila pemain sedar bahawa dia telah melanggar Peraturan ini kerana mempunyai lebih daripada 14 klab, pemain mesti dengan segera mengambil klab atau klab-klab yang lebih tersebut keluar daripada permainan sebelum melakukan pukulan lain dengan menggunakan prosedur dalam Peraturan 4.1c(1):
Jika pemain telah bermula dengan lebih daripada 14 klab, mereka boleh memilih klab atau klab-klab yang akan dikeluarkan daripada permainan.
Jika pemain telah menambahkan klab yang lebih tersebut semasa pusingan, klab yang ditambahkan itu mesti dikeluarkan daripada permainan.
Selepas pusingan pemain telah bermula, jika pemain mengambil klab pemain lain yang tertinggal, atau klab tersalah letak di dalam beg pemain tanpa pengetahuannya, klab tersebut tidak dianggap salah satu daripada klab pemain untuk tujuan had 14 klab (tetapi klab tersebut mesti tidak digunakan).(2) Tidak Berkongsi Klab. Pemain dihadkan kepada klab yang mereka bermula atau ditambah seperti yang dibenarkan dalam (1):
Pemain mesti tidak melakukan pukulan dengan klab yang digunakan oleh individu lain yang bermain di lapangan (walaupun pemain lain tersebut bermain dalam kumpulan atau pertandingan yang berlainan).
Apabila pemain sedar bahawa mereka telah melanggar Peraturan ini dengan melakukan pukulan dengan klab pemain lain, pemain mesti mengeluarkan klab itu daripada permainan sebelum melakukan pukulan lain dengan menggunakan prosedur dalam Peraturan 4.1c(1).
Lihat Peraturan 22.5 dan 23.7(pengecualian terhad dalam format permainan yang melibatkan pemain rakan yang membenarkan pemain rakan berkongsi klab jika mereka mempunyai tidak lebih daripada 14 klab di antara mereka).(3) Tidak Menggantikan Klab Hilang. Jika pemain telah memulakan permainan dengan mempunyai 14 klab atau menambahkan klab sehingga had 14 dan kemudiannya hilang klab semasa pusingan tersebut atau ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a, pemain tersebut mesti tidak menggantikannya dengan klab lain.(4) Sekatan Menambah atau Menggantikan Klab. Apabila menambah atau menggantikan klab di bawah Peraturan 4.1a(2) atau Peraturan 4.1b(1), pemain mesti:
Tidak melengahkan permainan tanpa sebab (lihat Peraturan 5.6a),
Tidak menambah atau meminjam apa-apa klab yang dibawa oleh atau untuk mana-mana pemain lain yang bermain di lapangan tersebut (walaupun pemain lain tersebut bermain dalam kumpulan atau pertandingan yang berlainan), atau
Tidak memasang klab daripada bahagian yang dibawa untuk pemain atau untuk mana-mana pemain lain yang bermain di lapangan (walaupun pemain lain tersebut bermain dalam kumpulan atau pertandingan yang berlainan).
Apabila pemain menyedari mereka telah melanggar Peraturan ini dengan menambah atau menggantikan klab apabila tidak dibenarkan, pemain mesti mengeluarkan klab tersebut daripada permainan sebelum melakukan pukulan lain dengan menggunakan prosedur dalam Peraturan 4.1c(1).Jika pemain melakukan pukulan dengan klab yang masih dibawa selepas dikeluarkan daripada permainan sebelum pusingan (Peraturan 4.1c(2)) atau semasa pusingan tersebut (Peraturan 4.1c(1)), penyertaan mereka dibatalkandi bawah Peraturan 4.1c(1).Penalti Melanggar Peraturan 4.1b: Penalti dikenakan berdasarkan pada masa pemain menyedari pelanggaran Peraturan tersebut:
Pemain Menyedari Pelanggaran Peraturan Ketika Bermain Lubang Tersebut. Penalti dikenakan di penghujung lubang yang sedang dimainkan. Dalam perlawanan lawan, pemain mesti menamatkan lubang, menggunakan keputusan lubang tersebut untuk menyamakan skor perlawanan dan kemudiannya mengenakan penalti untuk menyelaraskan skor perlawanan.
Pemain Menyedari Pelanggaran Peraturan di Antara Dua Lubang. Penalti dikenakan sebaik sahaja lubang yang dimainkan tamat, bukan lubang yang berikutnya.
Penalti Dalam Permainan lawan – Skor Perlawanan Disemak Semula dengan Menolak Lubang, Maksimum Dua Lubang:
Hal ini adalah penalti penyelarasan perlawanan – tidak sama dengan penalti kalah lubang.
Di penghujung lubang yang sedang dimainkan atau yang baru ditamatkan, skor perlawanan disemak semula dengan menolak satu lubang untuk setiap lubang perlanggaran berlaku, dengan penolakan maksimum dua lubangdalam pusingan tersebut.
Sebagai contoh, jika pemain yang bermula dengan 15 klab menyedari tentang pelanggaran Peraturan ketika bermain lubang ke-3 dan kemudiannya menang lubang itu untuk mendahului perlawanan tiga up, penyelarasan maksimum dua lubang diguna pakai dan skor pemain tersebut kini satu up dalam perlawanan tersebut.
Penalti Dalam Permainan Pukulan – Dua Pukulan Penalti, Maksimum Empat Pukulan: Pemain dikenakan penalti umum(dua pukulan penalti) untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan berlaku, dengan maksimum empat pukulan penaltidalam pusingan tersebut (mencampurkan dua pukulan penalti di setiap dua lubang pertama pelanggaran Peraturan berlaku).
4.1c
Prosedur Mengeluarkan Klab Daripada Permainan
(1) Semasa Pusingan. Apabila pemain menyedari semasa pusingan tersebut mereka telah melanggar Peraturan 4.1b, pemain mesti mengambil suatu tindakan yang jelas menunjukkan bahawa setiap klab tersebut telah dikeluarkan daripada permainan sebelum melakukan pukulan yang berikutnya.Hal ini boleh dilakukan sama ada dengan:
Mengisytiharkan kepada pemain lawan dalam permainan lawanatau penanda skor atau pemain lain dalam kumpulan tersebut dalam permainan pukulan, atau
Mengambil beberapa tindakan jelas lain (seperti dengan menterbalikkan klab tersebut di dalam beg, meletakkannya di atas lantai bugi atau memberikan klab tersebut kepada individu lain).
Pemain mesti tidak melakukan pukulan untuk baki pusingan selebihnya dengan menggunakan apa-apa klab yang telah dikeluarkan daripada permainan.Jika klab yang telah dikeluarkan daripada permainan adalah klab milik pemain lain, pemain lain itu boleh meneruskan untuk menggunakan klab tersebut.Penalti Melanggar Peraturan 4.1c(1): Batal Penyertaan.(2) Sebelum Pusingan. Jika pemain menyedari sebelum memulakan pusingan bahawa mereka tidak sengaja mempunyai lebih daripada 14 klab, pemain patut mencuba untuk meninggalkan klab atau klab-klab yang lebih tersebut.Tetapi sebagai pilihan tanpa penalti:
Pemain boleh mengeluarkan mana-mana klab yang lebih keluar daripada permainan sebelum memulakan pusingan dengan menggunakan prosedur dalam (1), dan
Klab yang lebih tersebut boleh disimpan oleh pemain (tetapi mesti tidak digunakan) semasa pusingan tersebut, dan tidak dikira untuk had 14 klab.
Jika pemain membawa dengan sengaja lebih daripada 14 klab ke kawasan ti mereka yang pertama dan memulakan pusingan tersebut tanpa meninggalkan klab yang lebih tersebut, pilihan ini tidak dibenarkan dan Peraturan 4.1b(1) diguna pakai.
4.2
Bola
4.2a
Bola yang Dibenarkan Semasa Bermain Pusingan
(1) Bola Mematuhi Syarat Mesti Dimainkan. Semasa melakukan setiap pukulan, pemain mesti menggunakan bola yang mematuhi syarat Peraturan Peralatan.Pemain boleh mendapatkan bola yang mematuhi syarat daripada mana-mana individu, termasuk pemain lain di lapangan tersebut.(2) Bola yang Diubahkan Dengan Sengaja Mesti Tidak Dimainkan. Pemain mesti tidak melakukan pukulan pada bola yang ciri prestasinya telah diubah dengan sengaja, seperti dengan melecetkan atau memanaskan bola atau dengan menyapukan apa-apa bahan (selain daripada membersihkannya).Penalti Melakukan Pukulan Melanggar Peraturan 4.2a: Batal Penyertaan.
4.2b
Bola Pecah Berkecai Ketika Bermain Lubang
Jika bola pemain pecah berkecai selepas suatu pukulan, tiada penalti dan pukulan tersebut tidak dikira.Pemain mesti bermain bola lain dari tempat pukulan itu telah dilakukan (lihat Peraturan 14.6).Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 4.2b: Penalti Umumdi Bawah Peraturan 14.7a.
4.2c
Bola Koyak atau Retak Ketika Bermain Lubang
(1) Mengangkat Bola untuk Memeriksa Jika Koyak atau Retak. Jika pemain percaya bahawa bola mereka koyak atau retak ketika bermain sesuatu lubang:
Pemain boleh mengangkat bola tersebut untuk memeriksanya, tetapi:
Tempat bola tersebut mesti ditandakan terlebih dahulu, dan bola mesti tidak dibersihkan (kecuali di grin)(lihat Peraturan 14.1).
Jika pemain mengangkat bola tanpa keyakinan yang wajar (kecuali di grin yang membolehkan pemain boleh mengangkat di bawah Peraturan 13.1b), gagal menandakan tempat bola tersebut sebelum mengangkatnya atau membersihkannya apabila tidak dibenarkan, pemain dikenakan satu pukulan penalti.
(2) Bila Boleh Menggantikan Bola Lain. Pemain boleh menggantikan bola lain hanya jika bola asal kelihatan jelas telah koyak atau retak, dan kerosakan ini berlaku semasa lubang tersebut dimainkan – tetapi tidak jika bola asal tersebut hanya tercalar atau terguris atau cat hanya pudar atau berubah warna.
Jika bola asal koyak atau retak, pemain mesti meletakkan semula sama ada bola lain atau bola asal di tempat asal (lihat Peraturan 14.2).
Jika bola asal tidak koyak atau retak, pemain mesti meletakkan semula bola asal di tempat asal (lihat Peraturan 14.2).
Jika pemain melakukan pukulan pada bola yang digantikan dengan tidak betul, pemain dikenakan satu pukulan penalti di bawah Peraturan 6.3b.Peraturan ini tidak melarang pemain daripada menggantikan bola lain di bawah apa-apa Peraturan lain atau menukar bola antara dua lubang.Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 4.2c: Penalti Umumdi Bawah Peraturan 14.7a.
4.3
Penggunaan Peralatan
Peraturan 4.3 diguna pakai untuk semua jenis peralatan yang mungkin digunakan oleh pemain semasa suatu pusingan, kecuali keperluan untuk bermain dengan klab dan bola yang mematuhi syarat yang dirangkumi oleh Peraturan 4.1 dan 4.2, bukan oleh Peraturan ini.Peraturan ini hanya memberi perhatian bagaimana peralatan digunakan. Ia tidak mengehadkan peralatan yang mungkin berada dengan pemain semasa pusingan.
4.3a
Penggunaan Peralatan yang Dibenarkan dan Dilarang
Pemain boleh menggunakan peralatan untuk membantu permainan mereka semasa pusingan, tetapi pemain mesti tidak mewujudkan potensi kelebihan ketara dengan:
Menggunakan peralatan (selain daripada klab atau bola) secara tiruan menghapuskan atau mengurangkan keperluan kemahiran atau pertimbangan yang diperlukan untuk cabaran permainan, atau
Menggunakan peralatan (termasuk klab atau bola) dengan cara tidak normal semasa melakukan pukulan. “Cara tidak normal” bermaksud cara yang secara asasnya berlainan daripada penggunaan yang diniatkan dan kebiasaannya tidak disahkan sebagai sebahagian daripada bermain permainan ini.
Peraturan ini tidak mempengaruhi penggunaan apa-apa Peraturan lain yang mengehadkan tindakan yang membenarkan tindakan pemain diambil dengan klab, bola atau peralatan lain (seperti meletakkan klab atau objek lain untuk membantu pemain semasa mengatur siap, lihat Peraturan 10.2b(3)).Contoh biasa pengunaan peralatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa pusingan pemain di bawah Peraturan ini ialah:(1) Maklumat Jarak dan Arah.
Dibenarkan. Mendapatkan maklumat jarak atau arah (seperti daripada alat mengukur jarak atau kompas).
Tidak Dibenarkan.
Mengukur perubahan ketinggian,
Mentafsir maklumat jarak dan arah (seperti menggunakan alat untuk mendapatkan saranan garis permainan atau pemilihan klab berdasarkan pada tempat bola pemain berada), atau
Menggunakan alat penjajaran (lihat definisi dalam Peraturan Peralatan) untuk membantu menjajar bola.
Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8:Model Peraturan Tempatan G-5(Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan melarang penggunaan alat mengukur jarak).(2) Maklumat Angin dan Keadaan Cuaca Lain.
Dibenarkan.
Mendapatkan maklumat cuaca (termasuk kelajuan angin) daripada ramalan cuaca, atau
Mengukur suhu dan kelembapan di lapangan.
Tidak Dibenarkan.
Mengukur kelajuan angin di lapangan, atau
Menggunakan objek buatan untuk mendapatkan maklumat lain mengenai angin (seperti menggunakan serbuk untuk menentukan arah angin).
(3) Maklumat Dikumpulkan Sebelum atau Semasa Pusingan.
Dibenarkan.
Menggunakan maklumat yang dikumpulkan sebelum pusingan (seperti maklumat permainan daripada pusingan terdahulu, petua ayunan atau saranan klab), atau
Merekodkan (untuk digunakan selepas pusingan) maklumat permainan atau fisiologi daripada pusingan tersebut (seperti jarak klab, statistik permainan atau kadar degupan jantung).
Tidak Dibenarkan.
Memproses atau mentafsir maklumat permainan daripada pusingan tersebut (seperti saranan klab berdasarkan pada jarak pusingan tersebut), atauMenggunakan maklumat fisiologi yang direkodkan semasa
pusingan tersebut.
(4) Audio dan Video.
Dibenarkan.
Mendengar audio atau menonton video mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan pertandingan yang sedang berjalan (seperti laporan berita atau muzik latar). Tetapi semasa berbuat demikian, pertimbangan patut diberikan kepada orang lain (lihat Peraturan 1.2).
Tidak Dibenarkan.
Mendengar muzik atau audio lain untuk menghilangkan gangguan atau untuk membantu tempo ayunan, atau
Menonton video pertandingan yang membantu pemain dalam pemilihan klab, melakukan pukulan, atau memutuskan bagaimana untuk bermain semasa pusingan tersebut, kecuali pemain menonton video yang ditayangkan untuk penonton di lapangan, seperti melalui papan skor video.
Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8: Model Peraturan Tempatan G-8 (Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan melarang atau mengehadkan penggunaan alat pandang dengar (audio dan video) semasa pusingan).(5) Sarung Tangan dan Agen Genggaman.
Dibenarkan.
Menggunakan sarung tangan biasa yang mematuhi syarat Peraturan Peralatan,
Menggunakan resin, serbuk dan agen pelembab atau pengering lain, atau
Membalut tuala atau sapu tangan di sekeliling grip.
Tidak Dibenarkan.
Menggunakan sarung tangan yang tidak mematuhi syarat Peraturan Peralatan, atau
Menggunakan peralatan lain yang memberikan kelebihan ketara posisi tangan atau tekanan genggaman.
(6) Alat Regangan dan Alat Bantuan Latihan atau Ayunan.
Dibenarkan.
Menggunakan apa-apa peralatan untuk regangan umum (selain daripada melakukan latihan ayunan), sama ada peralatan tersebut direka untuk regangan, untuk digunakan dalam golf (seperti rod jajaran yang diletakkan melintang bahu) atau untuk apa-apa tujuan yang tidak berkaitan dengan golf (seperti tiub getah atau batang paip).
Tidak Dibenarkan.
Menggunakan apa-apa jenis alat bantuan latihan golf atau ayunan (seperti batang jajar atau pemberat sarung kepala klab atau “donut”) atau klab yang tidak mematuhi syarat untuk melakukan ayunan latihan atau dalam apa-apa cara yang memberikan kelebihan ketara untuk membantu pemain semasa persediaan atau melakukan pukulan (seperti membantu jajaran ayunan, genggaman, jajaran, kedudukan bola atau postur badan).
Panduan lanjut mengenai pengunaan peralatan yang diterangkan di atas dan jenis peralatan lain (seperti pakaian dan kasut) boleh didapati dalam Peraturan Peralatan.Pemain yang tidak pasti sama ada mereka boleh menggunakan peralatan dengan cara tertentu patut meminta keputusan Jawatankuasa (lihat Peraturan 20.2b).Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 8: Model Peraturan Tempatan G-6(Jawatankuasa boleh menerima pakai Peraturan Tempatan melarang penggunaan pengangkutan bermotor semasa suatu pusingan).
4.3b
Peralatan Digunakan atas Alasan Perubatan
(1) Pengecualian Perubatan. Pemain tidak melanggar Peraturan 4.3 jika mereka menggunakan peralatan untuk membantu keadaan perubatan, asalkan:
Pemain mempunyai alasan perubatan untuk menggunakan peralatan tersebut, dan
Jawatankuasa memutuskan penggunaan peralatan tersebut tidak memberikan apa-apa kelebihan ketara kepada pemain.
Lihat Peraturan 25.3a (status alat prostetik); Peraturan 25.4f (mengguna pakai Peraturan 4.3 untuk alat bantuan pergerakan).(2) Pita atau Pembalut yang Serupa. Pemain boleh menggunakan pita pelekat atau pembalut yang serupa atas alasan perubatan (seperti untuk mengelakkan daripada kecederaan atau merawat kecederaan sedia ada),tetapi pita atau pembalut tersebut mesti tidak:
Digunakan dengan berlebihan, atau
Membantu pemain lebih daripada yang diperlukan atas alasan perubatan (sebagai contoh, mesti tidak menghalang pergerakan sendi untuk membantu pemain mengayun klab).
Pemain yang tidak pasti mengenai tempat dan cara pita atau pembalut yang serupa boleh digunakan patut meminta keputusan Jawatankuasa.Penalti Melanggar Peraturan 4.3:
Penalti pelanggaran Peraturan pertama kali: Penalti Umum.Jika pelanggaran Peraturan berlaku di antara dua lubang, penalti dikenakan untuk lubang yang berikutnya.
Penalti pelanggaran Peraturan kali kedua Batal Penyertaan. Penalti ini dikenakan walaupun sifat pelanggaran sama sekali berbeza dengan pelanggaran yang menyebabkan penalti pertama tersebut. Penalti ini hanya dikenakan jika terdapat suatu kejadian perantaraan yang berlaku selepas pelanggaran yang pertama (lihat Peraturan 1.3c(4)).
Tujuan Peraturan: Peraturan 5 merangkumi cara bermain sesuatu pusingan – seperti tempat dan masa pemain boleh berlatih di lapangan sebelum atau semasa...
Tujuan Peraturan: Peraturan 6 merangkumi cara untuk bermain suatu lubang – seperti Peraturan spesifik pukulan ti untuk memulakan sesuatu lubang, keper...
Tujuan Peraturan: Peraturan 8 merangkumi prinsip asas permainan golf “bermain lapangan seperti sedia ada”. Apabila bola pemain berada dalam keadaan te...
Tujuan Peraturan: Peraturan 10 merangkumi persediaan dan melakukan pukulan, termasuk nasihat dan bantuan lain yang boleh diterima oleh pemain daripada...
Tujuan Peraturan: Peraturan 11 merangkumi apa yang patut dilakukan jika bola dalam pergerakan pemain melanggar individu, haiwan, peralatan atau benda ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 12 adalah peraturan spesifik untuk bunker, iaitu kawasan yang disediakan khas untuk menguji kebolehan pemain bermain bola ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 13 adalah Peraturan spesifik untuk grin. Grin disediakan khas untuk bermain bola di permukaan tanah dan terdapat tiang ben...
Tujuan Peraturan: Peraturan 14 merangkumi bila dan bagaimana pemain boleh menandakan tempat bola tetap berada dan mengangkat dan membersihkan bola dan...
Tujuan Peraturan: Peraturan 16 merangkumi masa dan cara pemain boleh mengambil pelepasan percuma dengan bermain bola dari tempat yang berlainan, seper...
Tujuan Peraturan: Peraturan 17 adalah Peraturan spesifik untuk kawasan penalti, iaitu badan air atau kawasan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ya...
Tujuan Peraturan: Peraturan 18 merangkumi pengambilan pelepasan di bawah penalti pukulan dan jarak. Apabila bola hilang di luar kawasan penalti atau m...
Tujuan Peraturan: Peraturan 19 merangkumi beberapa pilihan pelepasan untuk bola tidak boleh dimainkan. Hal ini membenarkan pemain memilih pilihan yang...
Tujuan Peraturan: Peraturan 20 merangkumi perkara yang patut dilakukan oleh pemain apabila mereka mempunyai persoalan mengenai Peraturan semasa sesuat...
Tujuan Peraturan: Peraturan 21 merangkumi empat format permainan individu, termasuk tiga format permainan pukulan yang pengiraan skor berbeza daripada...
Tujuan Peraturan: Peraturan 22 merangkumi Empatan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau perlawanan pukulan), iaitu dua pemain rakan bertandin...
Tujuan Peraturan: Peraturan 23 merangkumi Empat Bola (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu pemain rakan bertanding ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 24 merangkumi pertandingan berpasukan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu beberapa pe...
Tujuan Peraturan: Peraturan 25 menyediakan pengubahsuaian kepada Peraturan Golf tertentu membenarkan pemain yang mempunyai keupayaan spesifik untuk be...