Print Section
12
Bunker
Tujuan Peraturan: Peraturan 12 adalah peraturan spesifik untuk bunker, iaitu kawasan yang disediakan khas untuk menguji kebolehan pemain bermain bola dari pasir. Untuk memastikan pemain menempuhi cabaran ini, terdapat beberapa sekatan menyentuh pasir sebelum pukulan dilakukan dan tempat pelepasan yang boleh diambilkan apabila bola berada dalam bunker.
12
Bunker
12.1

Bila Bola Berada Dalam Bunker

Bola berada dalam bunker apabila mana-mana bahagian bola:
  • Menyentuh pasir di atas tanah dalam had bunker tersebut, atau
  • Berada dalam had bunker tersebut dan tetap:
    • Di atas tanah yang biasanya berpasir (seperti pasir ditiup oleh angin atau dihanyutkan oleh air), atau
    • Dalam atau di atas rintangan terlerai, halangan boleh alih, keadaan lapangan tidak normal atau objek Integral yang menyentuh pasir dalam bunker tersebut atau di atas tanah yang biasanya berpasir.
Jika bola berada di atas tanah atau rumput atau tumbuhan lain atau benda semula jadi yang melekat dalam had bunker tersebut tanpa menyentuh pasir, bola tersebut tidak berada di dalam bunker. Jika sebahagian daripada bola berada dalam bunker dan dalam kawasan lapangan lain, lihat Peraturan 2.2c.
12.2

Bermain Bola Dalam Bunker

Peraturan ini diguna pakai semasa suatu pusingan dan ketika permainan dihentikan di bawah Peraturan 5.7a.
12.2a

Mengalihkan Rintangan Terlerai dan Halangan Boleh Alih

Sebelum bermain bola di dalam bunker, pemain boleh mengalihkan rintangan terlerai di bawah Peraturan 15.1 dan halangan boleh alih di bawah Peraturan 15.2. Hal ini termasuk apa-apa sentuhan yang wajar atau pergerakan pasir di dalam bunker yang berlaku ketika berbuat demikian.
12.2b

Sekatan Menyentuh Pasir di Dalam Bunker

(1) Apabila Menyentuh Pasir Mengakibatkan Penalti. Sebelum melakukan pukulan pada bola di dalam bunker, pemain mesti tidak:
  • Dengan sengaja menyentuh pasir dalam bunker tersebut dengan tangan, klab, pencakar atau objek lain untuk menguji keadaan pasir untuk mendapatkan maklumat mengenai pukulan yang berikutnya, atau
  • Menyentuh pasir di dalam bunker tersebut dengan klab
    • Dalam kawasan betul-betul di hadapan atau betul-betul di belakang bola (kecuali dibenarkan di bawah Peraturan 7.1a semasa mencari bola dengan wajar atau Peraturan 12.2a semasa mengalihkan rintangan terlerai atau halangan boleh alih),
    • Semasa melakukan latihan ayunan, atau
    • Semasa melakukan ayunan belakang untuk suatu pukulan.
Lihat Peraturan 25.2f (pengubahsuaian Peraturan 12.2b(1) untuk pemain OKU buta); Peraturan 25.4l (mengguna pakai Peraturan 12.2b(1) untuk pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan). (2) Bila Menyentuh Pasir Tidak Mengakibatkan Penalti. Kecuali seperti yang dirangkumi oleh (1), Peraturan ini tidak melarang pemain menyentuh pasir di dalam bunker tersebut dengan mana-mana cara lain, termasuk:
  • Menggali dengan kaki untuk mengambil posisi sedia untuk hayunan latihan atau pukulan,
  • Meratakan bunker untuk menjaga lapangan,
  • Meletakkan klab, peralatan atau objek lain di dalam bunker (sama ada dengan mencampakkan atau meletakkannya),
  • Mengukur, menanda, mengangkat, meletakkan semula atau mengambil tindakan lain di bawah Peraturan,
  • Bersandar pada klab untuk berehat, mengimbangi badan atau mengelakkan daripada terjatuh, atau
  • Memukul pasir kerana kecewa atau marah.
Tetapi pemain dikenakan penalti umum jika tindakan mereka semasa menyentuh pasir menambah baik keadaan mempengaruhi pukulan melanggar Peraturan 8.1a. (Lihat juga Peraturan 8.2 dan 8.3 mengenai had menambah baik atau memburukkan keadaan fizikal lain untuk mempengaruhi permainan). (3) Tiada Sekatan Selepas Bola Dimainkan Keluar Dari Bunker. Selepas bola dalam bunker dimainkan dan bola itu berada di luar bunker, atau pemain telah mengambil atau berniat untuk mengambil pelepasan di luar bunker, pemain boleh:
  • Menyentuh pasir dalam bunker tersebut tanpa penalti di bawah Peraturan 12.2b(1), dan
  • Meratakan pasir dalam bunker tersebut untuk menjaga lapangan tanpa penalti di bawah Peraturan 8.1a.
Hal ini benar walaupun bola itu menetap di luar bunker tersebut dan:
  • Pemain dikehendaki atau dibenarkan oleh Peraturan untuk mengambil pelepasan pukulan dan jarak dengan menjatuhkan bola dalam bunker tersebut, atau
  • Pasir dalam bunker berada di atas garis permainan pemain untuk pukulan yang berikutnya di luar bunker tersebut.
Tetapi jika bola dimainkan dari bunker tersebut masuk semula ke dalam bunker yang sama, pemain mengambil pelepasan dengan menjatuhkan bola dalam bunker, atau pemain memutuskan tidak mengambil pelepasan di luar bunker tersebut, sekatan dalam Peraturan 12.2b(1) dan 8.1a diguna pakai sekali lagi pada bola dalam permainan itu dalam bunker tersebut. Penalti Melanggar Peraturan 12.2: Penalti Umum.
12.3

Peraturan Spesifik Pelepasan Bola Dalam Bunker

Apabila bola berada dalam bunker, Peraturan pelepasan spesifik boleh diguna pakai dalam situasi yang berikut:
EXPLORE MORE
Rule 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Read more