Seksyen Cetak
7
Mencari Bola Mencari dan Mengenal Pasti Bola
Tujuan Peraturan: Peraturan 7 membenarkan pemain mengambil tindakan wajar untuk mencari bola dalam permainan mereka selepas setiap pukulan.
  • Tetapi pemain mesti berhati-hati, kerana penalti akan dikenakan jika pemain bertindak melampau dan menyebabkan penambahbaikan keadaan mempengaruhi pukulan mereka yang berikutnya.
  • Pemain tidak dikenakan penalti jika bola beralih dengan tidak sengaja ketika mencari dan mengenal pasti, tetapi bola tersebut kemudiannya mesti diletakkan semula di tempat asal.
7
Mencari Bola Mencari dan Mengenal Pasti Bola
7.1

Bagaimana Mencari Bola dengan Wajar

7.1a

Pemain Boleh Mengambil Tindakan Wajar Mencari dan Mengenal Pasti Bola

Pemain bertanggungjawab untuk mencari bola dalam permainan mereka selepas setiap pukulan. Pemain boleh mencari bola sewajarnya dengan mengambil tindakan yang berpatutan untuk mencari dan mengenal pasti bola mereka, seperti:
  • Mengalihkan pasir dan air, dan
  • Mengalihkan atau membengkokkan rumput, semak, dahan pokok dan benda semula jadi yang tumbuh dan melekat, dan juga mematahkan benda tersebut, tetapi hanya jika ia patah akibat dari tindakan wajar lain yang diambil untuk mencari atau mengenal pasti bola.
Jika mengambil tindakan yang berpatutan sebagai sebahagian daripada pencarian wajar menambah baik keadaan mempengaruhi pukulan:
  • Tiada penalti di bawah Peraturan 8.1a jika penambahbaikandisebabkan oleh pencarian wajar.
  • Tetapi jika penambahbaikantersebut disebabkan oleh tindakan yang melebihi batasan pencarian wajar, pemain dikenakan penalti umum melanggar Peraturan 8.1a.
Semasa cuba mencari dan mengenal pasti bola, pemain boleh mengalih rintangan terleraiseperti yang dibenarkan dalam Peraturan 15.1 dan boleh mengalih halangan boleh alih seperti yang dibenarkan dalam Peraturan 15.2.
7.1b

Apa Patut Dilakukan Jika Pasir Mempengaruhi Kedudukan Bola Pemain Dialihkan Ketika Cuba Mencari dan Mengenal Pasti Bola

  • Pemain mesti mewujudkan kedudukan asal bola dalam pasir, tetapi boleh mendedahkan sebahagian daripada bola tersebut jika dilitupi oleh pasir.
  • Jika pemain bermain bola tersebut dengan tidak mewujudkan kedudukan asal, pemain dikenakan penalti umum.
7.2

Bagaimana Mengenal Pasti Bola

Bola tetap pemain boleh dikenal pasti melalui salah satu daripada cara yang berikut:
  • Oleh pemain atau individu yang melihat bola tersebut menetap dalam keadaan yang diketahui sebagai bola pemain.
  • Dengan melihat tanda pada bola pemain (lihat Peraturan 6.3a), tetapi hal ini tidak diguna pakai jika bola yang serupa mempunyai tanda yang sama juga dijumpai di dalam kawasan yang sama.
  • Dengan menjumpai bola yang mempunyai jenama, model, nombor dan keadaan yang sama dengan bola pemain dalam kawasan bola tersebut dijangkakan berada, tetapi hal ini tidak diguna pakai jika bola yang serupa berada di dalam kawasan yang sama dan tiada cara untuk mengetahui yang mana satu bola milik pemain).
Jika bola sementara pemain tidak dapat dibezakan dengan bola asal mereka, lihat Peraturan 18.3c(2).
7.3

Mengangkat Bola untuk Mengenal Pasti

Jika bola kemungkinan milik pemain tetapi tidak dapat dikenal pastikan di kedudukannya:
  • Pemain boleh mengangkat bola tersebut untuk mengenal pasti (termasuk memusingkannya), tetapi:
  • Tempat bola mesti ditandakan terlebih dahulu, dan bola tersebut mesti tidak dibersihkan lebih daripada yang diperlukan untuk dikenal pasti (kecuali di grin) (lihat Peraturan 14.1).
Jika bola yang telah diangkatkan adalah milik pemain atau pemain lain, bola tersebut mesti diletakkan semula di tempat asal (lihat Peraturan 14.2). Jika pemain mengangkat bola mereka di bawah Peraturan ini apabila tiada keperluan munasabah untuk mengenal pasti (kecuali di grin yang membolehkan pemain mengangkat bola di bawah Peraturan 13.1b), gagal untuk menanda tempat bola sebelum mengangkatnya atau membersihkan bola apabila tidak dibenarkan, pemain dikenakan satu pukulan penalti. Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 7.3: Penalti umum di Bawah Peraturan 14.7a.
7.4

Bola Dialihkan Dengan Tidak Sengaja Ketika Cuba Mencari dan Mengenal Pasti

Tiada penalti jika bola pemain dialihkan dengan tidak sengaja oleh pemain, pemain lawan atau individu lain ketika cuba mencari dan mengenal pasti. Tetapi jika pemain menyebabkan bola beralih sebelum mereka mula mencari bola tersebut, pemain dikenakan satu pukulan penalti di bawah Peraturan 9.4b. Di bawah Peraturan ini, “tidak sengaja” termasuk apabila bola dialihkan oleh mana-mana individu yang mengambil tindakan wajar mencari bola di tempat bola tersebut mungkin berada dengan mengalihkannya (seperti dengan menyeret kaki melalui rumput panjang atau menggoncang pokok).  Dalam situasi yang berikut, bola mesti diletakkan semula di tempat asal (jika tidak diketahui mesti dianggarkan) (lihat Peraturan 14.2). Semasa melakukannya:
  • Jika bola berada di atas, di bawah atau bersandar pada halangan tidak boleh alih, objek integral, objek sempadan atau benda semula jadi yang tumbuh atau melekat, bola mesti diletakkan semula di tempat asal, di atas, di bawah atau bersandar pada objek tersebut (lihat Peraturan 14.2c).
  • Jika bola telah dilitupi oleh pasir, kedudukan asal mesti diwujudkan dan bola mesti diletakkan semula dalam kedudukan itu (lihat Peraturan 14.2d(1)). Tetapi pemain boleh membiarkan sebahagian kecil daripada bola terdedah apabila berbuat demikian.
Lihat juga Peraturan 15.1a (sekatan mengalihkan rintangan terlerai tertentu dengan sengaja sebelum meletakkan semula bola). Penalti Melanggar Peraturan 7.4: Penalti Umum.
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya