Pengubahsuaian Peraturan Pemain Orang Kurang Upaya (OKU)
Tujuan Peraturan: Peraturan 25 menyediakan pengubahsuaian kepada Peraturan Golf tertentu membenarkan pemain yang mempunyai keupayaan spesifik untuk bermain secara adil dibandingkan dengan pemain yang tidak mempunyai ketidakupayaan, ketidakupayaan yang sama atau jenis ketidakupayaan yang berlainan.
25
Pengubahsuaian Peraturan Pemain Orang Kurang Upaya (OKU)
25.1
Gambaran Keseluruhan
Peraturan 25 diguna pakai untuk semua pertandingan, termasuk semua format permainan. Hal ini bergantung kepada kategori ketidakupayaan dan kelayakan pemain yang menentukan sama ada mereka boleh menggunakan Peraturan spesifik yang diubahsuaikan dalam Peraturan 25.Peraturan 25 mengubahsuaikan Peraturan tertentu untuk pemain OKU dalam kategori yang berikut:
Pemain OKU buta (termasuk tahap penglihatan tertentu),
Pemain OKU amputasi (bermaksud individu yang tidak mempunyai anggota badan dan individu yang hilang anggota badan),
Pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan, dan
Pemain OKU intelek.
Adalah diakui bahawa terdapat ramai pemain OKU jenis lain (seperti pemain yang mempunyai gangguan saraf, gangguan orthopedik, pemain bertubuh pendek dan pemain pekak). Kategori ketidakupayaan tersebut tidak dirangkumi oleh Peraturan 25 kerana, setakat ini, tiada keperluan yang telah dikenal pasti untuk mengubahsuai Peraturan Golf untuk pemain tersebut.Peraturan Peralatan diguna pakai tanpa pengubahsuaian, kecuali seperti yang disediakan dalam Seksyen 7 dalam Peraturan Peralatan. Untuk maklumat mengenai penggunaan peralatan (selain daripada klab dan bola) atas sebab kesihatan, lihat Peraturan 4.3b.Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 5Duntuk panduan kelayakan pemain, dan untuk panduan tambahan Peraturan 25 dan pertandingan yang melibatkan pemain OKU.
25.2
Pengubahsuaian Peraturan Pemain OKU Buta
Tujuan Peraturan: Peraturan 25.2 membenarkan pemain OKU buta (termasuk tahap penglihatan tertentu) dibantu oleh pembantu dan kedi pada masa yang sama, membenarkan bantuan untuk menyasar, memberikan pemain pengecualian terhad terhadap larangan menyentuh pasir di dalam bunker dengan klab dan membenarkan bantuan untuk mengangkatkan, menjatuhkan, meletakkan dan meletakkan semula bola.
25.2a
Bantuan Pembantu
Pemain OKU buta boleh mendapatkan bantuan daripada pembantu:
Semasa mengambil posisi sedia,
Melakukan sasaran sebelum pukulan, dan
Meminta dan menerima nasihat.
Pembantu mempunyai status yang sama seperti kedi di bawah Peraturan (lihat Peraturan 10.3), tetapi dengan pengecualian yang dihuraikan dalam Peraturan 25.2e.Untuk tujuan Peraturan 10.2a (Nasihat), pemain boleh meminta dan menerima nasihat daripada pembantu dan kedi pada masa yang sama.
25.2b
Pemain Dibenarkan Hanya Seorang Pembantu
Pemain OKU buta boleh mempunyai hanya seorang pembantu pada suatu masa yang sama.Jika pemain mempunyai lebih daripada seorang pembantu pada sesuatu masa, pemain dikenakan penalti umum untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan itu berlaku, dengan cara yang sama seperti yang disediakan dalam Peraturan 10.3a(1) (Pemain Dibenarkan Hanya Satu kedi Pada Suatu Masa).
25.2c
Pengubahsuaian Peraturan 10.2b(3) (Tidak Meletakkan Objek untuk Membantu Menyasarkan, Mengambil Posisi Sedia atau Mengayun)
Peraturan 10.2b(3) diubahsuai supaya tiada penalti jika pemain, kedi atau pembantu meletakkan objek untuk membantu pemain melakukan sasaran atau membantu mengambil posisi sedia untuk pukulan yang akan dilakukan (seperti meletakkan klab di atas tanah untuk menunjukkan arah tuju yang patut disasarkan oleh pemain atau menempatkan kakinya). Tetapi objek tersebut mesti dialihkan sebelum pukulan dilakukan. Jika tidak, pemain dikenakan penalti umumkerana melanggar Peraturan 10.2b(3).
25.2d
Pengubahsuaian Peraturan 10.2b(4) (Kawasan Larangan Kedi Sebelum Pemain Melakukan Pukulan)
Peraturan 10.2b(4) diubahsuaikan supaya tiada penalti jika pembantu atau kedi ditempatkan di atas atau berdekatan dengan lanjutan garis permainan di belakang bola pada bila-bila masa sebelum atau semasa pukulan pemain, asalkan pembantu atau kedi tidak membantu pemain melakukan pukulan.
25.2e
Pengubahsuaian Peraturan 10.3 (Kedi)
Pembantu pemain OKU buta boleh juga berkhidmat sebagai kedi pemain, tetapi tidak dikehendaki untuk berbuat demikian.Pemain boleh mempunyai pembantu dan kedi pada masa yang sama, dalam kes ini:
Pembantu itu mesti tidak membawa atau mengendalikan klab pemain kecuali untuk membimbing pemain, membantu pemain mengambil posisi sedia atau mengacu sasaran sebelum melakukan pukulan, atau membantu pemain sebagai bantuan ikhlas seperti yang disediakan dalam definisi kedi.
Jika pembantu itu membawa atau mengendalikan klab pemain melanggar Peraturan ini, pemain tersebut mempunyai dua kedi pada suatu masa yang sama dan dikenakan penalti umum untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan itu berlaku (lihat Peraturan 10.3a(1)).
Sebelum melakukan pukulan pada bola mereka di dalam bunker, pemain OKU buta boleh, tanpa penalti, menyentuh pasir di dalam bunker dengan klab:
Dalam kawasan betul-betul di hadapan atau betul-betul di belakang bola, dan
Semasa melakukan ayunan belakang pukulan.
Tetapi semasa berbuat demikian, pemain mesti tidak menambah baik kedudukan bola lebih daripada akibat meletakkan klab di tanah.Pemain masih tertakluk kepada larangan dalam Peraturan 12.2b(1) berkenaan menyentuh pasir di dalam bunker dengan sengaja untuk menguji keadaan pasir dan menyentuh pasir dengan menggunakan klab semasa melakukan ayunan latihan.
25.2g
Pengubahsuaian Peraturan 14.1b (Individu Boleh Mengangkat Bola)
Apabila bola pemain berada di grin, Peraturan 14.1b diubahsuaikan supaya pembantu pemain, selain daripada kedi mereka, boleh mengangkat bola tanpa kebenaran pemain.
25.2h
Bantuan Menjatuhkan, Meletakkan dan Meletakkan Semula Bola
Untuk pemain OKU buta, semua Peraturan yang menghendaki pemain untuk menjatuhkan, meletakkan atau meletakkan semulabola diubahsuaikan supaya pemain juga dibenarkan, tanpa had, untuk memberikan kebenaran secara umum kepada mana-mana individu untuk menjatuhkan, meletakkan dan meletakkan semula bola mereka.
25.3
Pengubahsuaian Peraturan Pemain OKU Amputasi
Tujuan Peraturan: Peraturan 25.3 membenarkan pemain OKU amputasi (bermaksud pemain tanpa anggota badan dan pemain yang hilang anggota badan) untuk menggunakan alat prostetik dan melakukan pukulan ketika menambat klab, dan membenarkan bantuan untuk jatuhan, meletakkan dan meletakkan semula bola.
25.3a
Status Alat Prostetik
Penggunaan tangan atau kaki palsu tidak melanggar Peraturan 4.3 asalkan pemain mempunyai alasan perubatan untuk menggunakannya dan Jawatankuasa memutuskan penggunaan peralatan tersebut tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada pemain dibandingkan dengan pemain lain (lihat Peraturan 4.3b). Pemain yang ragu-ragu mengenai penggunaan peralatan patut membangkitkannya secepat mungkin dengan Jawatankuasa.Pemain yang menggunakan alat prostetik masih tertakluk kepada larangan dalam Peraturan 4.3a melarang menggunakan peralatan dengan cara tidak normal.
25.3b
Pengubahsuaian Peraturan 10.1b (Menambat Klab)
Jika pemain OKU amputasi tidak boleh memegang dan mengayun kebanyakan klabnya tanpa tambatan disebabkan kekurangan atau kehilangan anggota badan, pemain tersebut boleh melakukan pukulan ketika menambat klab, tanpa penalti di bawah Peraturan 10.1b.
25.3c
Bantuan Menjatuhkan, Meletakkan dan Meletakkan Semula Bola
Untuk pemain OKU amputasi, semua Peraturan yang menghendaki pemain menjatuhkan, meletakkan atau meletakkan semulabola diubahsuaikan supaya pemain juga dibenarkan, tanpa had, untuk memberikan kebenaran umum kepada mana-mana individu untuk menjatuhkan, meletakkan dan meletakkan semula bola pemain.
25.3d
Pengubahsuaian Definisi “Letak Semula”
Untuk pemain OKU amputasi, definisi letak semula (dan Peraturan 14.2b(2)) diubahsuaikan untuk membenarkan pemain meletakkan semula bola sama ada dengan tangan atau menggunakan peralatan lain (seperti menggolek bola dengan klab).
25.4
Pengubahsuaian Peraturan Pemain Menggunakan Alat Bantuan Pergerakan
Tujuan Peraturan: Peraturan 25.4 membenarkan pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan dibantu oleh pembantu dan kedi pada masa yang sama, menerangkan bagaimana pemain boleh menggunakan alat bantuan pergerakan (seperti kerusi roda atau alat bantuan pergerakan beroda lain atau tongkat atau topang ketiak) membantu semasa mengambil posisi sedia dan melakukan pukulan, dan mengubahsuai prosedur pelepasan yang tertentu.
Peraturan 25.4a ke 25.4l diguna pakai untuk semua alat bantuan pergerakan, termasuk tongkat, topang ketiak, kerusi roda dan alat pergerakan beroda lain.Peraturan 25.4m dan 25.4n diguna pakai hanya untuk kerusi roda dan alat pergerakan beroda lain.
25.4a
Bantuan Pembantu atau Individu Lain
Pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan boleh menerima bantuan daripada pembantu atau individu lain, termasuk pemain lain, dengan cara berikut:
Mengangkat Bola di Grin: Apabila bola pemain berada di grin, Peraturan 14.1b diubahsuaikan supaya pembantu pemain, selain daripada kedi mereka, boleh mengangkat bola tanpa kebenaran pemain.
Menjatuhkan, Meletakkan dan Meletakkan Semula Bola: Semua Peraturan yang menghendaki pemain menjatuhkan, meletakkan atau meletakkan semula bola diubahsuai supaya pemain juga dibenarkan, tanpa had, untuk memberikan kebenaran umum kepada individu lain untuk menjatuhkan, meletakkan dan meletakkan semula bola pemain.
Menempatkan Pemain atau Alat: Seperti yang dibenarkan oleh Peraturan 10.2b(5), sebelum melakukan pukulan, pemain boleh mendapatkan bantuan fizikal daripada mana-mana individu untuk membantu menempatkan pemain atau meletakkan atau mengalihkan alat bantuan pergerakan.
25.4b
Nasihat Pembantu
Pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan boleh meminta dan menerima nasihat daripada pembantu mereka dengan cara yang sama pemain meminta dan menerima nasihat daripada kedi di bawah Peraturan 10.2a (Nasihat).Pembantu mempunyai status yang sama di bawah Peraturan seperti kedi (lihat Peraturan 10.3), tetapi dengan pengecualian yang diterangkan dalam Peraturan 25.4j.Untuk tujuan Peraturan 10.2a, pemain boleh meminta dan menerima nasihat daripada pembantu dan kedi pada masa yang sama.
25.4c
Pemain Dibenarkan Hanya Seorang Pembantu
Pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan boleh mempunyai hanya seorang pembantu pada suatu masa.Jika pemain mempunyai lebih daripada seorang pembantu pada suatu masa, pemain tersebut dikenakan penalti umum untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan berlaku, dengan cara yang sama seperti disediakan dalam Peraturan 10.3a(1) (Pemain Dibenarkan Hanya Seorang Kedi Pada Suatu Masa).
25.4d
Pengubahsuaian Definisi “Posisi Sedia”
Penggunaan alat bantuan pergerakan oleh pemain boleh mempengaruhi posisi sedia mereka untuk tujuan pelbagai Peraturan, seperti menentukan kawasan posisi sedia yang diniatkan di bawah Peraturan 8.1a dan memutuskan jika terdapat gangguan kawasan lapangan tidak normal di bawah Peraturan 16.1.Untuk menanggani hal ini, definisi posisi sedia diubahsuaikan untuk membawa maksud “kedudukan kaki dan badan pemain, dan kedudukan alat bantuan pergerakan jika digunakan, semasa persediaan atau melakukan pukulan”.
25.4e
Pengubahsuaian Definisi “Letak Semula”
Untuk pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan, definisi letak semula (dan Peraturan 14.2b(2)) diperluaskan untuk membenarkan pemain meletak semula bola sama ada dengan tangan atau menggunakan peralatan lain (seperti menggolekkan bola dengan klab).
Peraturan 4.3 diguna pakai untuk penggunaan alat bantuan pergerakan:
Pemain boleh menggunakan alat bantuan pergerakan untuk membantu permainan mereka jika dibenarkan di bawah standard dalam Peraturan 4.3b, dan
Penggunaan alat bantuan pergerakan tertakluk kepada larangan dalam Peraturan 4.3a yang melarang penggunaan peralatan dengan cara tidak normal.
25.4g
Pengubahsuaian Peraturan 8.1b(5) Membenarkan Penggunaan Alat Bantuan Pergerakan semasa Mengambil Posisi Sedia
Di bawah Peraturan 8.1b(5), tiada penalti jika pemain menambah baik keadaan mempengaruhi pukulan dengan mengukuhkan kaki semasa mengambil posisi sedia, “termasuk menggali pasir menggunakan kaki dengan wajar”.Untuk pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan, Peraturan 8.1b(5) diubahsuai supaya “menggali pasir menggunakan kaki dengan wajar” termasuk:
Penggalian wajar menggunakan alat bantuan pergerakan, atau
Mengambil tindakan wajar untuk menempatkan alat bantuan pergerakan semasa mengambil posisi sedia dan cuba mengelak daripada tergelincir.
Tetapi pengubahsuaian ini tidak membenarkan pemain melebihi batasan dengan mengukuhkan posisi sedia supaya alat bantuan pergerakan tidak terlepas semasa ayunan, seperti dengan membuat timbunan tanah atau pasir untuk menahan peralatan tersebut.Jika pemain berbuat demikian, mereka dikenakan penalti umumkerana mengubah keadaan permukaan tanah untuk mengukuhkan posisi sedia melanggar Peraturan 8.1a(3).
25.4h
Pengubahsuaian Peraturan 10.1b (Menambat Klab)
Jika pemain tidak boleh memegang dan mengayun kebanyakan klab mereka tanpa tambatan disebabkan oleh penggunaan alat bantuan pergerakan, pemain boleh melakukan pukulan ketika menambat klab tanpa penalti di bawah Peraturan 10.1b.
25.4i
Peraturan 10.1c (Melakukan Pukulan ketika Berdiri Mengangkang atau Berdiri di Garis Permainan)
Dengan mengambil kira penggunaan alat bantuan pergerakan oleh pemain, Peraturan 10.1c diubahsuai supaya pemain mesti juga tidak melakukan pukulan dengan mana-mana bahagian alat bantuan pergerakan mereka yang sengaja diletakkan di setiap bahagian atau menyentuh garis permainan atau lanjutan garisan itu di belakang bola.
25.4j
Pengubahsuaian Peraturan 10.3 (Kedi)
Pembantu pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan boleh juga berkhidmat sebagai kedi pemain, tetapi tidak dikehendaki untuk berbuat demikian.Pemain boleh mempunyai pembantu dan kedi pada masa yang sama, dalam kes ini:
Pembantu itu mesti tidak membawa atau mengendalikan klab pemain kecuali membantu pemain mengambil posisi sedia atau mengatur sedia sebelum melakukan pukulan, atau membantu pemain sebagai bantuan ikhlas seperti yang disediakan dalam definisi kedi. Tetapi hal ini tidak mengubahsuai Peraturan 10.2b(3) (Tidak Boleh Meletakkan Objek untuk Membantu Sasaran, Mengambil Posisi Sedia atau Mengayun).
Jika pembantu itu membawa atau mengendalikan klab pemain melanggar Peraturan ini, pemain tersebut mempunyai dua orang kedi pada suatu masa dan dikenakan penalti umum untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan itu berlaku (lihat Peraturan 10.3a(1)).
25.4k
Pengubahsuaian Peraturan 11.1b(2)
Untuk pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan, Peraturan 11.1b(2) diubahsuaikan jika bola pemain dalam pergerakan yang telah dimainkan dari grin secara tidak sengaja melanggar alat bantuan pergerakan, bola mesti dimainkan di kedudukannya.
25.4l
Mengguna Pakai Peraturan 12.2b(1) semasa Menggunakan Alat Bantuan Pergerakan untuk Menguji Keadaan Pasir Dalam Bunker
Di bawah Peraturan 12.2b(1), pemain mesti tidak “dengan sengaja menyentuh pasir dalam bunker dengan tangan, klab, pencakar dan objek lain untuk menguji keadaan pasir untuk mendapatkan maklumat pukulan yang berikutnya”.Hal ini diguna pakai dengan menggunakan alat bantuan pergerakan untuk menguji keadaan pasir dengan sengaja.Tetapi pemain boleh menyentuh pasir dengan menggunakan alat bantuan pergerakan mereka untuk apa-apa tujuan lain tanpa penalti.
25.4m
Untuk Pemain yang Menggunakan Alat Pergerakan Beroda: Pengubahsuaian Pilihan Pelepasan Lateral Bola Dalam Kawasan Penalti Merah dan Bola Tidak Boleh Dimainkan
Apabila pemain yang mempunyai alat pergerakan beroda mengambil pelepasan lateral untuk bola di dalam kawasan penalti merah atau untuk bola tidak boleh dimainkan, Peraturan 17.1d(3) dan 19.2c diubahsuai untuk memperluaskan saiz kawasan pelepasan yang dibenarkan dengan ukuran menggunakan dua panjang klab kepada ukuran empat panjang klab.
25.4n
Untuk Pemain yang Menggunakan Alat Pergerakan Beroda: Pengubahsuaian Penalti di Bawah Peraturan 19.3b (Pelepasan Bola Tidak Boleh Dimainkan di Dalam Bunker)
Apabila pemain yang mempunyai alat pergerakan beroda mengambil pelepasan bola tidak boleh dimainkan di dalam bunker, Peraturan 19.3b diubahsuai supaya pemain boleh mengambil pelepasan sepanjang atas garisan belakang di luar bunker itu untuk satu pukulan penalti.
25.5
Pengubahsuaian Peraturan Pemain OKU Intelek
Tujuan Peraturan: Peraturan 25.5 membenarkan pemain OKU intelek dibantu oleh pembantu dan kedi pada masa yang sama, dan menjelaskan peranan penyelia, yang tidak ditugaskan untuk pemain yang spesifik dan tidak dibenarkan memberi nasihat.
25.5a
Bantuan Pembantu atau Penyelia
Sejauh mana bantuan yang diperlukan oleh pemain OKU intelek adalah spesifik untuk setiap individu.Jawatankuasa boleh menyediakan atau membenarkan pembantu atau penyelia membantu pemain OKU intelek:
Pembantu membantu permainan pemain individu dan mengguna pakai Peraturan:
Pembantu mempunyai status yang sama di bawah Peraturan sebagai kedi (lihat Peraturan 10.3), tetapi dengan sekatan yang diterangkan dalam Peraturan 25.5c.
Untuk tujuan Peraturan 10.2a (Nasihat), pemain boleh meminta dan menerima nasihat daripada pembantu dan kedi pada masa yang sama.
Penyelia adalah individu yang dilantik oleh Jawatankuasa untuk membantu pemain OKU intelek dalam pertandingan:
Penyelia tidak ditugaskan untuk pemain spesifik, dan peranan mereka adalah membantu mana-mana pemain OKU intelek apabila diperlukan.
Penyelia ialah pengaruh luar untuk tujuan Peraturan.
Pemain tidak boleh meminta atau menerima nasihat daripada penyelia.
25.5b
Pemain Dibenarkan Hanya Seorang Pembantu
Pemain OKU intelek boleh mempunyai hanya seorang pembantu pada suatu masa.Jika pemain mempunyai lebih daripada seorang pembantu pada suatu masa, pemain dikenakan penalti umum untuk setiap lubang pelanggaran Peraturan itu berlaku, dengan cara yang sama seperti yang telah disediakan dalam Peraturan 10.3a(1) (Pemain Dibenarkan Hanya Seorang Kedi Pada Suatu Masa).
25.5c
Pengubahsuaian Peraturan 10.3 (Kedi)
Pembantu pemain OKU intelek boleh juga berkhidmat sebagai kedi pemain, tetapi tidak dikehendaki berbuat demikian.Pemain boleh mempunyai pembantu dan kedi pada masa yang sama, dalam kes ini:
Pembantu itu mesti tidak membawa atau mengendalikan klab pemain kecuali membantu pemain semasa mengambil posisi sedia atau mengatur siap sebelum melakukan pukulan (jika dibenarkan oleh Jawatankuasa), atau membantu pemain sebagai bantuan ikhlas seperti yang disediakan dalam definisi kedi. Tetapi hal ini tidak mengubahsuai Peraturan 10.2b(3) (Tidak Meletakkan Objek untuk Membantu Sasaran, Mengambil Posisi Sedia atau Ayunan).
Jika pembantu itu membawa atau mengendalikan klab pemain melanggar Peraturan ini, pemain tersebut mempunyai dua orang kedi pada suatu masa dan dikenakan penalti umumuntuk setiap lubang pelanggaran Peraturan itu berlaku (lihat Peraturan 10.3a(1)).
25.5d
Pengubahsuaian Peraturan 14.1b (Individu Boleh Mengangkat Bola)
Apabila bola pemain berada di grin, Peraturan 14.1b diubahsuaikan supaya pembantu pemain, selain daripada kedi mereka, boleh mengangkat bola tanpa kebenaran pemain.
25.5e
Pemain OKU Intelek dan Fizikal
Untuk pemain yang mempunyai kedua-dua ketidakupayaan intelek dan fizikal, Jawatankuasa disaran menggunakan penggabungan Peraturan yang terdapat dalam Peraturan 25 supaya kedua-dua jenis ketidakupayaan tersebut ditanggani.
25.6
Peruntukan Am Semua Kategori OKU
25.6a
Melengahkan Permainan Tanpa Sebab
Semasa mengguna pakai larangan Peraturan 5.6a mengenai melengahkan permainan tanpa sebab untuk pemain OKU:
Setiap Jawatankuasa patut menggunakan budi bicara dan menetapkan standard dengan mengambil kira kesukaran lapangan, keadaan cuaca (dari segi kesan ke atas penggunaan alat bantuan pergerakan), tahap pertandingan dan ketidakupayaan pemain-pemain yang bertanding.
Dengan mengambil kira faktor tersebut, adalah berpatutan untuk Jawatankuasa menggunakan tafsiran yang sesuai mengenai melengahkan permainan tanpa sebab.
25.6b
Menjatuhkan Bola
Semasa mengguna pakai Peraturan 14.3b (Bola Mesti Dijatuhkan Dengan Cara Betul), disebabkan oleh had fizikal yang boleh menyukarkan atau tidak mungkin untuk pemain yang mempunyai ketidakupayaan tertentu mengetahui sama ada mereka telah menjatuhkan bola pada ketinggian lutut, Jawatankuasa patut menerima pertimbangan yang telah dibuat oleh pemain. Juga, Jawatankuasa patut menerima semua usaha wajar untuk menjatuhkan bola pada ketinggian lutut, dengan mengambil kira kemampuan fizikal pemain.Lihat Prosedur Jawatankuasa, Seksyen 5D(menyediakan panduan tambahan untuk Peraturan 25 dan pertandingan yang melibatkan pemain OKU).
Tujuan Peraturan: Peraturan 4 merangkumi peralatan yang boleh digunakan oleh pemain dalam suatu pusingan. Berdasarkan pada prinsip golf adalah suatu p...
Tujuan Peraturan: Peraturan 5 merangkumi cara bermain sesuatu pusingan – seperti tempat dan masa pemain boleh berlatih di lapangan sebelum atau semasa...
Tujuan Peraturan: Peraturan 6 merangkumi cara untuk bermain suatu lubang – seperti Peraturan spesifik pukulan ti untuk memulakan sesuatu lubang, keper...
Tujuan Peraturan: Peraturan 8 merangkumi prinsip asas permainan golf “bermain lapangan seperti sedia ada”. Apabila bola pemain berada dalam keadaan te...
Tujuan Peraturan: Peraturan 10 merangkumi persediaan dan melakukan pukulan, termasuk nasihat dan bantuan lain yang boleh diterima oleh pemain daripada...
Tujuan Peraturan: Peraturan 11 merangkumi apa yang patut dilakukan jika bola dalam pergerakan pemain melanggar individu, haiwan, peralatan atau benda ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 12 adalah peraturan spesifik untuk bunker, iaitu kawasan yang disediakan khas untuk menguji kebolehan pemain bermain bola ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 13 adalah Peraturan spesifik untuk grin. Grin disediakan khas untuk bermain bola di permukaan tanah dan terdapat tiang ben...
Tujuan Peraturan: Peraturan 14 merangkumi bila dan bagaimana pemain boleh menandakan tempat bola tetap berada dan mengangkat dan membersihkan bola dan...
Tujuan Peraturan: Peraturan 16 merangkumi masa dan cara pemain boleh mengambil pelepasan percuma dengan bermain bola dari tempat yang berlainan, seper...
Tujuan Peraturan: Peraturan 17 adalah Peraturan spesifik untuk kawasan penalti, iaitu badan air atau kawasan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ya...
Tujuan Peraturan: Peraturan 18 merangkumi pengambilan pelepasan di bawah penalti pukulan dan jarak. Apabila bola hilang di luar kawasan penalti atau m...
Tujuan Peraturan: Peraturan 19 merangkumi beberapa pilihan pelepasan untuk bola tidak boleh dimainkan. Hal ini membenarkan pemain memilih pilihan yang...
Tujuan Peraturan: Peraturan 20 merangkumi perkara yang patut dilakukan oleh pemain apabila mereka mempunyai persoalan mengenai Peraturan semasa sesuat...
Tujuan Peraturan: Peraturan 21 merangkumi empat format permainan individu, termasuk tiga format permainan pukulan yang pengiraan skor berbeza daripada...
Tujuan Peraturan: Peraturan 22 merangkumi Empatan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau perlawanan pukulan), iaitu dua pemain rakan bertandin...
Tujuan Peraturan: Peraturan 23 merangkumi Empat Bola (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu pemain rakan bertanding ...
Tujuan Peraturan: Peraturan 24 merangkumi pertandingan berpasukan (dimainkan sama ada dalam permainan lawan atau permainan pukulan), iaitu beberapa pe...