Seksyen Cetak
11
Bola Dalam Pergerakan Melanggar Individu, Haiwan atau Objek; Tindakan Sengaja Mempengaruhi Bola Dalam Pergerakan
Tujuan Peraturan: Peraturan 11 merangkumi apa yang patut dilakukan jika bola dalam pergerakan pemain melanggar individu, haiwan, peralatan atau benda lain di lapangan. Apabila hal ini berlaku dengan tidak sengaja, tiada penalti dan pemain biasanya mesti menerima keputusan tersebut, sama ada memberikan kelebihan atau tidak, dan bermain bola dari tempat bola menetap. Peraturan 11 juga mengehadkan pemain daripada mengambil tindakan sengaja untuk mempengaruhi mana-mana tempat bola dalam pergerakan akan menetap.
11
Bola Dalam Pergerakan Melanggar Individu, Haiwan atau Objek; Tindakan Sengaja Mempengaruhi Bola Dalam Pergerakan
Peraturan ini diguna pakai pada bila-bila masa bola dalam permainan sedang bergerak (sama ada selepas pukulan atau sebaliknya), kecuali apabila bola telah dijatuhkan dalam kawasan pelepasan dan belum tetap. Situasi itu dirangkumi oleh Peraturan 14.3.
11.1

Bola Dalam Pergerakan Dengan Tidak Sengaja Melanggar Individu atau Pengaruh Luar

11.1a

Tiada Penalti kepada Mana-mana Pemain

Jika bola dalam pergerakan pemain dengan tidak sengaja melanggar mana-mana individu (termasuk pemain) atau pengaruh luar:
  • Tiada penalti kepada mana-mana pemain.
  • Hal ini benar walaupun bola melanggar pemain, pemain lawan atau mana-mana kedi atau peralatan mereka.
Pengecualian – Bola Dimainkan di Grin dalam Permainan Pukulan: Jika bola dalam pergerakan pemain melanggar bola tetap lain di grin dan kedua-dua bola berada di grin sebelum pukulan tersebut, pemain dikenakan penalti umum (dua pukulan penalti).
11.1b

Tempat Bola Mesti Dimainkan

(1) Apabila Bola Dimainkan dari Mana-mana Tempat Selain Dari Grin. Jika bola dalam pergerakan pemain dimainkan dari mana-mana tempat selain dari grin dengan tidak sengaja melanggar mana-mana individu (termasuk pemain) atau pengaruh luar (termasuk peralatan), bola biasanya mesti dimainkan di kedudukannya. Tetapi jika bola tersebut menetap di atas mana-mana individu, haiwan atau pengaruh luar yang bergerak, pemain mesti tidak bermain bola tersebut di kedudukannya. Sebaliknya, pemain mesti mengambil pelepasan:
  • Apabila Bola Menetap di Atas Mana-mana Individu, Haiwan atau Pengaruh Luar Bergerak yang Berada di Mana-mana Tempat Selain Dari Grin. Pemain mesti menjatuhkan bola asal atau bola lain dalam kawasan pelepasan ini (lihat Peraturan 14.3):
    • Titik Rujukan: Titik anggaran betul-betul di bawah tempat bola mula menetap di atas individu, haiwan atau pengaruh luar yang bergerak.
    • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Satu panjang klab, tetapi dengan  had berikut:
    • Had Lokasi Kawasan Pelepasan:
      • Mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama dengan titik rujukan, dan
      • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan.
  • Apabila Bola Menetap di Atas Mana-mana Individu, Haiwan atau Pengaruh Luar Bergerak yang Berada di Grin. Pemain mesti meletakkan bola asal atau bola lain di tempat yang dianggarkan betul-betul di bawah tempat bola tersebut menetap di atas individu, haiwan atau pengaruh luar yang bergerak, dengan menggunakan prosedur untuk meletakkan semula bola di bawah Peraturan 14.2b(2) dan 14.2e.
Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 11.1b(1): Penalti umum di Bawah Peraturan 14.7. (2) Apabila Bola Dimainkan dari Grin. Jika bola dalam pergerakan pemain yang dimainkan dari grin dengan tidak sengaja melanggar pemain atau pengaruh luar, bola tersebut biasanya mesti dimainkan di kedudukannya. Tetapi jika diketahui atau kelihatan pasti bahawa bola dalam pergerakan tersebut melanggar sesuatu seperti yang berikutnya di grin, pemain mesti bermain semula pukulan tersebut dengan bermain bola asal atau bola lain dari tempat pukulan itu dilakukan (lihat Peraturan 14.6):
  • Mana-mana individu selain daripada:
    • pemain tersebut, atau
    • individu yang menjaga tiang bendera (hal ini dirangkumi oleh Peraturan 13.2b(2), bukan oleh Peraturan ini).
  • Halangan boleh alih selain daripada:
    • klab yang digunakan untuk melakukan pukulan tersebut,
    • penanda bola,
    • bola tetap (lihat Peraturan 11.1a sama ada penalti dikenakan dalam permainan pukulan), atau
    • tiang bendera (hal ini dirangkumi oleh Peraturan 13.2b(2), bukan oleh Peraturan ini).
  • Haiwan selain daripada yang ditetapkan sebagai rintangan terlerai (seperti serangga).
Jika pemain bermain semula pukulan tersebut tetapi berbuat demikian dari tempat salah, mereka dikenakan penalti umum di bawah Peraturan 14.7. Jika pemain tidak bermain semula pukulan tersebut, mereka dikenakan penalti umum dan pukulan tersebut dikira, tetapi pemain telah tidak bermain dari tempat salah. Lihat Peraturan 25.4k (untuk pemain yang menggunakan alat bantuan pergerakan, Peraturan 11.1b (2) diubahsuikan supaya bola yang melanggar alat tersebut dimainkan di kedudukannya).
11.2

Bola Dalam Pergerakan Dipesongkan atau Dihentikan oleh Individu Dengan Sengaja

11.2a

Bila Peraturan 11.2 Diguna Pakai

Peraturan ini diguna pakai hanya apabila diketahui atau kelihatan pastibahawa bola dalam pergerakan pemain telah dipesongkan atau dihentikan oleh individu dengan sengaja, iaitu apabila:
  • Individu menyentuh bola dalam pergerakan dengan sengaja, atau
  • Bola dalam pergerakan tersebut melanggar apa-apa peralatan atau objek lain (kecuali penanda bola atau bola tetap lain sebelum bola tersebut dimainkan atau sebaliknya bergerak) atau mana-mana individu (seperti kedi pemain) yang ditempatkan atau ditinggalkan dengan sengaja oleh pemain di tempat tertentu supaya peralatan, objek atau individu tersebut akan memesongkan atau menghentikan bola dalam pergerakan.
Pengecualian – Bola Dengan Sengaja Dipesongkan atau Dihentikan dalam Permainan Lawan Apabila Tiada Peluang Munasabah Bola Boleh Masuk Lubang: Bola dalam pergerakan milikpemain lawan yang sengaja dipesongkan atau dihentikan pada masa tiada peluang yang munasabah boleh masuk lubang, dan apabila dilakukan sama ada untuk memberikan kemenangan atau apabila bola tersebut perlu masuk lubang untuk menyamakan keputusan lubang, hal ini dirangkumi oleh Peraturan 3.2a(1) atau 3.2b(1), bukan oleh Peraturan ini. Untuk hak pemain mengangkat bola atau penanda bola sebelum pukulan dilakukan jika mereka percaya bahawa bola atau penanda bola tersebut akan membantu atau mengganggu permainan, lihat Peraturan 15.3.
11.2b

Bila Penalti Dikenakan kepada Pemain

  • Pemain dikenakan penalti umum jika mereka sengaja memesongkan atau menghentikan bola dalam pergerakan.
  • Hal ini benar sama ada bola tersebut milik pemain atau bola yang dimainkan oleh pemain lawan atau oleh pemain lain dalam permainan pukulan.
Pengecualian – Bola Bergerak dalam Air: Tiada penalti jika pemain mengangkat bola mereka yang sedang bergerak di dalam air dalam air sementara atau dalam kawasan penalti apabila mengambil pelepasan di bawah Peraturan 16.1 atau 17 (lihat Pengecualian 3 Peraturan 10.1d). Lihat Peraturan 22.2 (dalam Empatan, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut dianggap sebagai tindakan pemain); 23.5 (dalam Empat Bola, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut yang melibatkan bola atau peralatan pemain dianggap sebagai tindakan pemain).
11.2c

Tempat Bola Sengaja Dipesongkan atau Dihentikan Mesti Dimainkan

Jika diketahui atau kelihatan pastibahawa bola dalam pergerakan pemain telah dipesongkan atau dihentikan dengan sengaja oleh mana-mana individu (sama ada bola tersebut dijumpai atau tidak), ia mesti tidak dimainkan di kedudukannya. Sebaliknya, pemain mesti mengambil pelepasan: (1) Pukulan Dilakukan dari Mana-mana Tempat Kecuali Grin. Pemain mesti mengambil pelepasan berdasarkan pada tempat anggaran bola tersebut mungkin menetap jika tidak dipesongkan atau dihentikan:
  • Apabila Bola Akan Menetap di Mana-mana Tempat di Lapangan Kecuali di Grin. Pemain mesti menjatuhkan bola asal atau bola lain dalam kawasan pelepasan ini (lihat Peraturan 14.3):
    • Titik Rujukan: Tempat anggaran bola tersebut akan menetap.
    • Saiz Kawasan Pelepasan Diukur dari Titik Rujukan: Satu panjang klab, tetapi dengan had yang berikut:
    • Had Lokasi Kawasan Pelepasan:
      • Mesti berada dalam kawasan lapangan yang sama dengan titik rujukan, dan
      • Mesti tidak lebih dekat lubang dibandingkan dengan titik rujukan.
Pengecualian – Bola Dianggarkan Menetap dalam Kawasan Penalti: Jika tempat bola dianggarkan berada dalam kawasan penalti, pemain tidak dikehendaki untuk mengambil pelepasan di bawah Peraturan ini. Secara alternatifnya pemain boleh terus mengambil pelepasan dari kawasan penalti di bawah Peraturan 17.1d berdasarkan pada titik anggaran tempat terakhir bola tersebut melintasi had kawasan penalti.
  • Apabila Bola Akan Menetap di Grin. Pemain mesti meletakkan bola asal atau bola lain di tempat bola dianggarkan menetap dengan menggunakan prosedur meletakkan semula bola di bawah Peraturan 14.2b(2) dan 14.2e.
  • Apabila Bola Akan Menetap Di Luar Sempadan. Pemain mesti mengambil pelepasan pukulan dan jarak di bawah Peraturan 18.2.
Penalti Bermain Bola dari Tempat Salah Melanggar Peraturan 11.2c(1): Penalti umum di Bawah Peraturan 14.7a. (2) Pukulan Dilakukan dari Grin. Pemain mesti melakukan pukulan tersebut sekali lagi dengan bermain bola asal atau bola lain dari tempat pukulan itu telah dilakukan (lihat Peraturan 14.6). Jika pemain bermain semula pukulan tersebut tetapi berbuat demikian dari tempat salah, mereka dikenakan penalti umum di bawah Peraturan 14.7. Jika pemain tidak bermain semula pukulan tersebut, mereka dikenakan penalti umum dan pukulan tersebut dikira, tetapi pemain telah tidak bermain dari tempat salah.
11.3

Sengaja Mengalihkan Objek atau Mengubah Keadaan Mempengaruhi Bola Sedang Bergerak

Apabila bola sedang bergerak, pemain mesti tidak dengan sengaja mengambil tindakan yang berikut untuk mempengaruhi tempat bola itu (sama ada bola itu milik pemain atau bola milik pemain lain) akan menetap:
  • Mengubah keadaan fizikal dengan mengambil tindakan yang disenaraikan dalam Peraturan 8.1a (seperti meletakkan semula divot atau menekan kawasan rumput tertimbul), atau
  • Mengangkat atau mengalihkan:
Pemain melanggar Peraturan ini kerana dengan sengaja mengambil tindakan itu walaupun tindakan tersebut tidak mempengaruhi tempat bola akan menetap. Pengecualian – Mengalihkan Tiang Bendera, Bola Tetap di Grin dan Peralatan Pemain: Peraturan ini tidak melarang pemain daripada mengangkat atau mengalihkan:
  • Tiang bendera yang telah dialihkan,
  • Bola tetap di grin (lihat Peraturan 9.4, 9.5 dan 14.1 sama ada penalti dikenakan), atau
  • Peralatan milik mana-mana pemain (selain daripada bola tetap di mana-mana tempat kecuali grin atau penanda bola di mana-mana tempat di lapangan).
Mengeluarkan tiang bendera dari lubang (termasuk menjaganya) ketika bola dalam pergerakan dirangkumi oleh Peraturan 13.2, bukan oleh Peraturan ini. Penalti Mengambil Tindakan yang Tidak Dibenarkan Melanggar Peraturan 11.3: Penalti Umum. Lihat Peraturan 22.2 (dalam Empatan, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut dianggap sebagai tindakan pemain); 23.5 (dalam Empat Bola, mana-mana pemain rakan boleh bertindak untuk regu dan tindakan pemain rakan tersebut yang melibatkan bola atau peralatan pemain dianggap sebagai tindakan pemain).
TEROKAI SELANJUTNYA
Peraturan 1Permainan, Kelakuan dan Peraturan
Tujuan Peraturan: Peraturan 1 memperkenalkan prinsip asas permainan untuk pemain: Bermain di lapangan sedia ada dan bermain bola di kedudukannya. ...
Baca selanjutnya